• 14 minutes ago
Jangan hukum keseluruhan intitusi tentera, semata-mata lima pegawai dan dua anggota tentera ditahan dipercayai terbabit sindiket dadah.
Transcript
00:00Masyarakat diminta untuk tidak menghukum keseluruhan institusi Angkatan Tentera Malaysia ATM
00:06selepas penemuan dadah dan beg bagasi mengandungi dadah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM, Subang.
00:15Menteri Pertahanan, Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin berkata, setakat ini,
00:19tujuh individu ditahan terdiri daripada lima pegawai serta dua anggota,
00:25masing-masing lain pangkat iaitu pegawai Warren dan Kopro.
00:30Kita faham memang kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga.
00:38Tapi dalam konteks ini, susu sebelanga itu tak boleh dipesalahkan dia kerana nila setitik itu.
00:45Jadi saya berharap supaya masyarakat tidak menghukum institusi.
00:50kerana daripada 120 ribu anggota tentera yang berkhidmat, mungkin ini segelintir yang terlibat dalam kes ini.
01:00Yang lain itu masih lagi beramanah, menjalankan tanggungjawab dan berintegriti untuk pastikan perkara-perkara ini tidak mereka lakukan.
01:10Katanya pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota tanpa mengira pangkat dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada siasatan polis.
01:19Jelasnya anggota tentera perlu memahami bahawa perbuatan, hianat, amanah dan integriti boleh membawa hukuman berat.
01:26Selain pihak kementerian, tidak akan melindungi mana-mana individu yang melakukan kesalahan.
01:31Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Hari Apresiasi Tabiqah Kemas Program Ikhrak dan Fardu Ain,
01:39Ikhrak Tabiqah Kemas Parlimen Kota Tinggi tahun 2026 di Lotus Desaru.

Recommended