• 2 hours ago
Komuniti Rohingya menyifatkan keputusan ICJ terhadap Myanmar sebagai kemenangan bersejarah dan pengiktirafan terhadap penderitaan mereka.
Transcript
00:00Komuniti Rohinya di Bangladesh menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ yang memutuskan Myanmar bertanggungjawab melakukan genocide terhadap etnik tersebut.
00:10Wakil Rohinya Solidarity Group Khalilullah menyifatkan keputusan itu sebagai satu kemenangan bersejarah yang akhirnya mengesahkan penderitaan yang dialami etnik Rohinya
00:20di mata dunia.
00:23Menurutnya keputusan Mahkamah itu membuktikan bahawa genocide terhadap etnik Rohinya benar-benar berlaku dan kini diketahui masyarakat antarabangsa.
00:31Keputusan berkenaan juga penting dalam mempertahankan identiti Rohinya serta tuntutan mereka terhadap tanah asal di Rakai, Myanmar.
00:39Khalil menyifatkan penghakiman itu sebagai pengiktirafan terhadap Rohinya sebagai satu kelompok etnik yang berasal dari Myanmar.
00:46Komuniti itu selama beberapa dekat berdepan penafian kewarga negaraan dan pelbagai bentuk diskriminasi oleh kerajaan Myanmar.
00:54Khalil teruk merakamkan penghargaan kepada Presiden Perhimpunan Agong Pertubahan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Khalilul Rahman,
01:00yang disifatkan banyak membantu mengetengahkan isu Rohinya di peringkat antarabangsa.
01:05Ratusan ribu etnik Rohinya melarikan diri ke Bangladesh selepas operasi ketenteraan Myanmar pada 2017 yang menyebabkan krisis pelarian terburuk di
01:13rantau itu.
01:16Terima kasih telah menonton!

Recommended