• 5 minutes ago
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan menyeludup tiga wanita warga Myanmar selepas menahan sebuah kereta yang membawa mereka di Jalan Masjid Negeri, George Town, pada 25 Oktober lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan menyeludup tiga wanita warga Myanmar
00:07selepas menahan sebuah kereta yang membawa mereka di Jalan Masjid Negeri Georgetown 25 Oktober lalu.
00:14Pengarah Kastam Negeri Hasbullah Din berkata, kejayaan itu hasil risikan selama dua minggu
00:20yang mengesan sebuah kereta Suzuki Swift dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 3 pagi.
00:29Ketika kenderaan itu tiba di hadapan sebuah stesen minyak, pasukan bertindak menahannya untuk pemeriksaan
00:35selain menemukan seorang lelaki di tempat duduk pemandu serta tiga wanita di tempat duduk penumpang belakang.
00:42Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga wanita terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
00:48Selain tiada pergerakan keluar masuk ke negara ini berdasarkan semakan dengan Jabatan Imigresyen.
00:53Siasatan awal mendapati ketiga-tiga wanita yang mempunyai petalian kekeluargaan itu
00:59dipercayai memasuki Malaysia melalui laluan tidak diwartakan di kawasan hutan berhampiran Bukit Kayu Hitam Kedah
01:06sebelum bertukar kenderaan dan dibawa ke Georgetown menggunakan kenderaan dipandu lelaki terbabit.
01:13Semakan juga mendapati kenderaan itu didaftarkan secara sah atas nama seorang lagi warga Myanmar.
01:18Keempat-empat individu terbabit di Rehman selama 14 hari bagi membantu siasatan
01:24selepas Mahkamah Magistri Georgetown mengeluarkan perintah Rehman terhadap mereka.
01:29Manakala pertuduhan terhadap tiga wanita berusia lingkungan 20-an itu pula
01:33dijadualkan Disember ini manakala kes mereka disiasat
01:37mengikut Seksyen 6-1-C Akta Imigresyen 1959 Palang 63
01:43kerana memasuki negara tanpa pasah.

Recommended