- 3 minutes ago
AWANI Borneo Jumaat 20 November 2026 bersama Assim Hassan
1. Sindiket seludup dadah, dua anggota TUDM direman
2. Tahun Melawat Sabah: Kualiti hospitaliti dipertingkat
3. DAP silap guna istilah – Asfia
1. Sindiket seludup dadah, dua anggota TUDM direman
2. Tahun Melawat Sabah: Kualiti hospitaliti dipertingkat
3. DAP silap guna istilah – Asfia
Category
🗞
NewsTranscript
00:07Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Asim Hassan dalam Awani Borneo berikut tajuk utama untuk anda malam ini.
00:18Dua anggota TUDM di Rehman tujuh hari.
00:26Kualiti Hospitaliti dipertingkatkan sempena tahun melawat Sabah
00:33Asfiyah dakwa istilah semak dan imbang oleh DAP tidak tepat
00:43Dua anggota Tentera Udara di Raja Malaysia TUDM di Rehman tujuh hari oleh Mahkamah Magistret Tawau
00:51bagi membantu siasatan berhubung kes rampasan dadah di Ruang Legar Ketibaan Cabang Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang Selangor selas lalu.
01:01Perintah Rehman bermula hari ini dikeluarkan Magistret Don Stiwin Malanjum terhadap suspek berusia 28 dan 48 tahun
01:10selepas membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat Inspektor Hamka Ibi Rashid.
01:15Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan polis mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
01:23terhadap kedua-dua suspek berpangkat korporal dan pegawai warren 2.
01:27Berdasarkan keterangan kes, kedua-duanya ditahan kira-kira jam 7 pagi Jumaat
01:34di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau untuk pemeriksaan lanjut
01:39berhubung satu laporan polis di Bukit Jelutung Selangor.
01:43Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan dadah yang berlaku
01:49pada jam 6.50 petang 17 November lalu di Ruang Legar Ketibaan Cabang Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang.
01:57Polis turut merampas dua telefon bimbit milik suspek bagi membantu siasatan.
02:15Speaker Dewan Undangan Negeri Dun Sarawak, Tan Sri Mohd Asfiyah Awang Nasar mendakwa
02:20kempen DAP Sarawak untuk mendapatkan lebih banyak kerusi dalam PRN ke-13
02:25bukan bertujuan mewujudkan simak dan imbang, sebaliknya simak parti atau parti sencek.
02:31Kata Asfiyah, istilah simak dan imbang yang digunakan DAP tidak tepat
02:35kerana ia merujuk kepada mekanisme pengimbangan kuasa antara tiga cabang kerajaan
02:41iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.
02:46Bermakna ta'rif, definisi, terminologi ini salah digunapakai.
02:54Itu yang saya inginkan, salah digunapakai.
02:58Apa yang mereka maksudkan adalah partizan cek.
03:03Kita tidak mahu GPS untuk menanggung semua.
03:07Itu adalah partizan cek.
03:09Mereka menggunakan termasuk yang salah.
03:12check and balance is the executive is checked by the legislature.
03:18The legislature is checked by the judiciary.
03:21That is check and balance.
03:23Sema dan imbang.
03:25Sema dan imbang.
03:29Apa yang mereka kata akhirnya adalah
03:31semak parti.
03:34bukan semak dan imbang.
03:38Asfiyah berkata demikian pada sidang media di Don Sarawak, Kuching pada Jumaat.
03:43Kenyataan itu menyusuli pendirian DAP Sarawak yang sebelum ini menyasarkan kemenangan lebih banyak kerusi dalam PRN
03:50bagi memperkukuh fungsi semak dan imbang terhadap kerajaan GPS.
03:57Pusat Komuniti Digital DCC Kapit terus berperanan penting membantu meningkatkan literasi dan kemahiran digital rakyat tempatan di sekitar Kapit
04:06termasuk kawasan luar bandar.
04:09DCC juga turut berfungsi sebagai pusat aktiviti komuniti
04:13yang menyediakan ruang untuk orang awam berkumpul, berkongsi ilmu, menyertai aktiviti serta membangunkan potensi diri.
04:22Ikuti perkongsian hasil temubual oleh wartawan TV Sarawak TVS, Stuart Dawi.
04:29Harapan kami agar pusat komuniti digital Kapit terus mendapat sokongan dan perhatian berterusan daripada pihak kerjaan
04:41khususnya dari segi peruntukan kewangan, penyediaan kemudahan digital, perlatan teknologi, capai internet
04:48dan latihan peningkatan kameran pada katangan dan juga komuniti setempat.
04:54So, kali ini amat penting bagi memastikan DCC dapat terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.
05:01Kalau dulu contohnya gulungan huwaga emas mereka takut akan pasal digital
05:08tapi sekarang mereka lebih peka akan digital contohnya seperti bantuan kerajaan
05:15yang disalurkan kepada Sarawak Pay, kami dapat kena pasti ada juga dari gulungan huwaga emas
05:22yang sudah tahu dan peka untuk menggunakan aplikasi tersebut.
05:26Harapan saya berharap pihak kerajaan akan terus menyumbang dari segi kewangan lah
05:35sebab aktiviti pun memerlukan budget juga
05:38dan harapan untuk golongan komuniti setempat di luar sana
05:45menyokong terus DCC untuk memperkasakan dan merelasikan harapan kerajaan
05:55ke arah digital, komuniti digital.
06:01Baiklah, laporan tadi adalah sebahagian daripada kerjasama Esro Awani dan TVS
06:06sempena pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13.
06:09Sepanjang pesta demokrasi sehingga tertubuhnya kerajaan negeri
06:12kami akan membawakan laporan terkini dan komprehensif dari seluruh pelusuk bumi kenyalang.
06:18Wartawan Esro Awani dan TVS akan ditempatkan di beberapa bahagian di Sarawak
06:23bagi mendapatkan bukan hanya cerita kempen
06:26pada masa sama menyelami denyut nadi rakyat
06:29dan menyaksikan sendiri pembangunan yang dirancang
06:32dan dilaksanakan kerajaan negeri untuk rakyat Sarawak.
06:35kerjasama ini tidak hanya tertumpu kepada laporan di saluran 501 dan 122 Esro
06:41malah meliputi seluruh platform media sosial Esro Awani.
06:54Masalah kekurangan bekalan air bersih di Pulau Sebatik
06:58memerlukan penyelesaian jangka panjang
07:01bukan sekadar bergantung kepada pengagihan air setiap kali berlaku kemarau.
07:06Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Mohd Suriyadi Bandi
07:09mencadangkan pembinaan saluran paip bawah tanah
07:12dari Empangan Cinta Mata ke Pulau Berkenaan
07:15bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan secara berterusan kepada penduduk.
07:23Menurut beliau, cadangan menyalurkan air dari Empangan Cinta Mata
07:27perlu dipertimbangkan di peringkat Persekutuan
07:29sebagai langkah penyelesaian menyeluruh
07:31selain penambahan kapasiti simpanan air dan Empangan sedia ada.
07:36Jelasnya keadaan paras air di Empangan Wallace Bay ketika ini
07:39masih sederhana dan belum mencukupi
07:41untuk menampung keperluan penduduk
07:43meskipun kawasan bandar Tawau dan Tanah Besar menerima hujan.
07:47Setiap dua tahun pasti akan berlaku kemarau
07:50dan kita tidak maulah dalam keadaan terkini
07:54pada masa-masa akan datang
07:58berpaksa berharap dengan kaedah pengagihan air dari rumah ke rumah
08:01itu sangat membebankan dan sangat menyusahkan.
08:03Kita juga mencadangkan untuk penyelesaian tuntas
08:06masalah air di sebatik ini
08:07satu underground pipe
08:11daripada Empangan Cinta Mata itu dapat disalurkan ke Pulau Sebatik
08:15seperti juga Pulau Bangi, Pulau Didi Sepurna
08:21supaya masalah kekurangan air di Pulau Sebatik ini
08:26dapat kita atasi secara tuntas.
08:28Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program
08:31Bayu Kasih 6.0 Pejabat Parlimen Kalabakan
08:35di Tawau, Pani Jumaat.
08:36Tambahnya penggunaan teknologi penyah garaman air laut
08:40juga boleh dipertimbangkan
08:41namun kos pelaksanaannya agak tinggi.
08:44Sementara itu Pusat Hidmat Rakyat Parlimen Kalabakan
08:47akan memulakan pengagihan bantuan air minuman
08:49kepada kira-kira satu ribu rumah
08:51di Pulau Sebatik bermula minggu depan.
08:56Peningkatan kualiti hospitaliti dan kecekapan
08:59petugas barisan hadapan industri pelancongan
09:02menjadi antara aspek penting
09:03dalam memastikan kesiapsiagaan Sabah
09:06menjelang tahun melawat Sabah 2027.
09:10Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
09:13Datuk Jafri Arifin berkata
09:14keunikan destinasi pelancongan sahaja
09:17tidak memadai tanpa disokong
09:19mutu perkhidmatan hospitaliti yang baik.
09:23Sabah ini yang penting dari sektor pelancongan
09:27memang banyak tempat-tempat yang menarik
09:29tetapi itu sahaja tidak mencukupi
09:32ianya perlu diperkuatkan dengan hospitaliti
09:37dalam menyambut ketamu
09:40sebab semua hospitaliti ini akan memberikan
09:44kesan yang positif kepada pelawat
09:47dan sudah pasti dengan adanya
09:49layanan hospitaliti yang baik
09:52para pelancong akan datang kembali.
09:56Selain itu, beliau berkata
09:57Sabah turut bersedia menampung pertambahan
10:00ketibaan pelancong menerusi peningkatan
10:02kapasiti penginapan
10:03termasuk pembukaan hotel baharu
10:05serta kehadiran hotel bertaraf 5 bintang.
10:08Beliau berkata demikian kepada media
10:10selepas merasmikan
10:11Sabah Hospitaliti Fiesta & Expo
10:14di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah SICC
10:16Kota Kinabalu.
10:18Sabah menyasarkan ketibaan
10:204 juta pelancong tahun ini
10:22manakala sasaran bagi tahun hadapan
10:24dijangka lebih tinggi
10:25menerusi pelbagai program dan inisiatif
10:27sempena tahun melawat Sabah 2027.
10:37Sementara itu, kenaikan harga bahan hapi penerbangan
10:40yang memberi kesan kepada harga tiket
10:43dikuatiri menjejaskan kemasukan pelancong
10:45memandangkan pengangkutan udara
10:47menjadi antara kemudahan utama untuk ke Sabah.
10:50Ada sedikit terjejas kita punya kehadiran ini
10:55disebabkan peningkatan minyak terbang
10:59yang mana seperti yang dimaklumi
11:02Sabah ini hanya boleh dikunjungi
11:06melalui connectivity terbang.
11:09Jadi apabila harga minyak naik
11:16akan sedikit sebanyak menjejaskan
11:19keadaan tangan para pelancong
11:22dengan tiket yang mahal dan sebagainya.
11:24Jadi ini semua sedikit sebanyak menjejaskan.
11:27Oleh mana pun kita masih mengharapkan
11:29agar target tahun ini dapat kita capai.
11:35Dua beradik termasuk seorang kanak-kanak perempuan
11:39orang kurang upaya autistik ditemukan rentung
11:42dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat
11:45di Taman Ria 11 di Tawau pada pagi Jumaat.
11:48Ketua Balai Bomber dan Penyelamat PBB Tawau
11:51J. Mishin Ujin berkata
11:54mangsa kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun
11:57dan adiknya 10 tahun
11:58ditemukan dalam keadaan rentung
12:00di bilik kedua rumah berkenaan
12:02Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomber
12:05dan Penyelamat Malaysia Sabah
12:07menerima panggilan kecemasan
12:09melalui talian 999 berhubung kebakaran itu
12:13dan pasukan bomba tiba di lokasi kejadian
12:16pada jam 6.22 pagi.
12:18Anggaran rumah itu 70% terbakar
12:22ketika kejadian terdapat enam mangsa terlibat
12:25namun empat daripadanya termasuk ibu mangsa
12:29berjaya keluar menyelamatkan diri.
12:32Katanya 20 anggota terlibat dalam operasi pemadaman
12:35yang menggunakan dua aliran air melalui sumber air tangki jentera
12:40cerita pilih bomba berdekatan
12:42dan operasi itu ditamatkan
12:44pada jam 9.06 pagi.
13:01Ibu bapa dan masyarakat disaran
13:03membantu kanak-kanak membina
13:05tabiat digital yang sihat
13:07dengan mengurangkan masa penggunaan skrin
13:09serta menggalakkan lebih banyak aktiviti fizikal dan sosial.
13:14Menteri Komunikasi Datuk Suwi Fahmi Fadil berkata
13:16kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran yang selamat
13:20termasuk ketika menggunakan internet dan platform digital.
13:27Menurut beliau, penggunaan teknologi perlu diseimbangkan dengan aktiviti yang dapat menyokong
13:31perkembangan emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak.
13:35Fahmi berkata golongan dewasa memainkan peranan penting
13:38dalam membimbing anak-anak menggunakan teknologi dengan cara yang sihat dan bertanggungjawab.
13:43Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook
13:46sempena Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun.
13:50Sambutan itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak
13:54serta kepentingan melindungi kebajikan mereka dalam dunia yang semakin mencabar.
14:00Fahmi turut mengingatkan bahawa semua pihak perlu berganding bahu
14:03memastikan generasi muda dibesarkan dalam persekitaran yang sihat,
14:08selamat dan seimbang antara dunia digital serta dunia sebenar.
14:16Baiklah, laporan itu mengakhiri Awani Borneo untuk hari ini.
14:19Saya Asim Hassan, salam hormat. Kita jumpa lagi.