• 3 minutes ago
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, keunikan destinasi pelancongan sahaja tidak memadai tanpa disokong mutu perkhidmatan hospitaliti yang baik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peningkatan kualiti hospitaliti dan kecekapan petugas barisan hadapan industri pelancongan menjadi antara aspek penting dalam memastikan kesiapsiagaan Sabah menjelang tahun
00:11melawat Sabah 2027.
00:13Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafri Arifin berkata, keunikan destinasi pelancongan sahaja tidak memadai tanpa disokong mutu
00:23perkhidmatan hospitaliti yang baik.
00:25Di Sabah ini yang penting dari sektor pelancongan memang banyak tempat-tempat yang menarik, tetapi itu saja tidak mencukupi, ianya
00:36perlu diperkuatkan dengan hospitaliti dalam menyambut ketamu.
00:43Sebab semua hospitaliti ini akan memberikan kesan yang positif kepada pelawat dan sudah pasti dengan adanya layanan hospitaliti yang baik,
00:56para pelancong akan datang kembali.
00:58Selain itu, beliau berkata, Sabah turut bersedia menampung pertambahan ketibaan pelancong menerusi peningkatan kapasiti penginapan, termasuk pembukaan hotel baharu serta
01:08kehadiran hotel bertaraf lima bintang.
01:11Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sabah Hospitaliti Fiesta & Expo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah SICC, Kota Kinabalu.
01:21Sabah menyasarkan ketibaan 4 juta pelancong tahun ini, manakala sasaran bagi tahun hadapan dijangka lebih tinggi menerusi pelbagai program dan
01:30inisiatif sempena tahun melawat Sabah 2027.

Recommended