• 7 minutes ago
Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung berharap kerjasama dengan China dapat membantu mewujudkan suasana aman dan mengekalkan kestabilan di Semenanjung Korea.
Transcript
00:00Terusnya, Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung berharap kerjasama dengan China dapat membantu mewujudkan suasana aman dan mengekalkan kestabilan di
00:08semenanjung Korea.
00:10Beliau menyatakan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping di luar sidang kemuncak kerjasama ekonomi Asia Pasifik
00:17APEC pada Rabu.
00:45Pertemuan itu berlangsung ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini memberi bayangan kemungkinan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea
00:54Utara Kim Jong-un sepanjang lawatan beliau ke Asia.
00:57Bagaimanapun pertemuan itu belum disahkan manakala China memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung kemungkinan pertemuan berkenaan.
01:06Lee turut menyuarakan harapan agar Korea Selatan dan China dapat memperkukuh hubungan ekonomi menerusi kerjasama yang lebih setara dan saling
01:15menguntungkan.

Recommended