00:00Anda sedang menonton niaga awal ni, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK negara dijangka kekal pada 5.3% untuk
00:08suku ketiga tahun ini.
00:10Menteri Ekonomi Akmal Nasir berkata angka tersebut selaras dengan unjuran awal yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSEM.
00:21Angka tersebut dijangka diumumkan secara rasmi oleh DOSEM pada Rabu.
00:26Menurut Akmal, unjuran awal DOSEM dilihat hampir dengan angka sebenar dan ia turut mengambil kira keadaan ekonomi terkini.
00:34Tambahnya unjuran awal tersebut juga dibuat sebelum semua maklumat berkaitan dikumpulkan.
00:39KDNK negara mencatat pertumbuhan 5.4% tahun ke tahun pada suku pertama tahun ini didorong oleh prestasi sektor perkhidmatan
00:48dan pembuatan.
00:49Manakala pertumbuhan direkodkan pada 6% tahun ke tahun pada suku kedua disokong oleh permintaan domestik serta prestasi ekspor dan
00:57sektor pembuatan.
00:59Sekiranya pertumbuhan mencecah 5.3% pada suku ketiga, ia akan membawa keseluruhan pertumbuhan KDNK pada 5.5% bagi
01:08tempoh 9 bulan pertama tahun ini.
01:10Terima kasih telah menonton!