Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Perbicaraan kes jenayah membabitkan syarikat telekomunikasi China, Huawei, memasuki fasa hujah penutup pada Isnin, sekali gus membawa pendakwaan yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu semakin hampir kepada keputusan juri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perbicaraan kes jenayah membabitkan syarikat telekomunikasi China Huawei memasuki fasa hujah pelutup perlisian sekaligus membawa pendawaan yang berlarutan sejak beberapa
00:10tahun lalu semakin hampir kepada keputusan juri.
00:13Ketika perbicaraan bermula di Mahkamah Persekutuan Brooklyn pada September lepas, pendawar raya AS menyifatkan Huawei sebagai sebuah entiti jenayah yang
00:22didakwa mencuri teknologi dan rahsia perdagangan syarikat Amerika bagi membangunkan empayara telekomunikasinya.
00:31Perbicaraan yang dikendalikan Hakim Mahkamah Daerah AS Andonelli itu menyaksikan beberapa minggu keterangan daripada saksi pihak pendawaan dan pembelaan dengan
00:40juri mendengar hujah berbeza mengenai amalan perniagaan serta perkembangan global syarikat berkenaan.
00:46Kerajaan AS mendakwa Huawei terbabit dalam penipuan bank, pelanggaran sekatan ekonomi serta usaha mencuri rahsia perdagangan namun syarikat itu menafikan
00:56semua dakwaan berkenaan.
00:57Kes terhadap Huawei bermula pada 2018 menerusi pertuduhan yang turut menamakan ketua pegawai kewangannya atas dakwaan penipuan bank dan pelanggaran
01:06sekatan Amerika Syarikat.
01:08Pertuduhan itu berkaitan dakwaan bahawa Huawei memberikan gambaran tidak tepat mengenai urusan perniagaannya di Iran bagi mengelak sekatan Amerika Syarikat
01:16selain memindahkan wang melalui sistem kewangan negara itu.
01:19Huawei terkenal sebagai pengeluar peralatan telekomunikasi dan telefon pintar selain mengembangkan perniagaannya dalam pembangunan cip kecedasan buatan AI sejak beberapa
01:29tahun kebelakangan ini.
01:31Syarikat itu menjalankan operasi di pasaran global namun peralatan rangkaiannya tertakluk kepada sekatan di Amerika Syarikat.
01:37Pembekal juga dilarang mengeksport barangan dan teknologi keluaran Amerika Syarikat kepada Huawei tanpa kelulusan Jabatan Perdagangan Negara itu.
01:46Hujah penutup dijangka memberi peluang kepada pihak pendawaan dan pembelaan mengemukakan rumusan kes masing-masing sebelum juri mempertimbangkan bukti dan
01:54menentukan keputusan perbicaraan.
01:56Terima kasih telah menonton!

Recommended