00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di China minggu
00:08ini.
00:08Dan ini merupakan satu perkembangan yang berpotensi mengubah secara ketara agenda lawatan beliau ke Asia Timur.
00:17Trump yang pernah mengadakan beberapa pertemuan dengan Kim ketika penggal pertama pertabirannya dari 2017 hingga 2021 termasuk satu pertemuan di
00:25zon bebas tentera Korea DMZ.
00:28Sebelum ini terus menyatakan minat untuk bertemu semula pemimpin itu dalam penggal keduanya.
00:33Bagaimanapun pegawai kanan Amerika Syarikat sebelum ini memaklumkan bahawa tiada perancangan segera untuk mengadakan pertemuan berkenaan.
00:41Trump juga beberapa kali membayangkan kemungkinan bertemu Kim namun pertemuan itu tidak pernah menjadi kenyataan termasuk ketika lawatan beliau ke
00:49Asia tahun lepas.
00:50Korea Utara pula secara terbuka menyatakan tidak berhasrat mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat itu buat masa ini.
00:59Misi Korea Utara Kepertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas perkembangan berkenaan.
01:06Ketika bercakap kepada pemberita sebelum berlepas dari White House menuju ke Filipina dan China, Trump berkata sebarang pertemuan dengan Kim
01:14sekiranya berlangsung akan diadakan di China.
01:17Beliau turut menyatakan kehadiran pemimpin Korea Utara itu bergantung kepada Presiden China Xi Jinping.
01:22Terima kasih telah menonton!