Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Isu bekalan elektrik yang menyebabkan Pintu Air Sri Muda, Shah Alam, Selangor beroperasi secara manual dijangka diselesaikan dalam tempoh enam minggu, kata Ahli Parlimen Kota Raja Datuk Seri Mohamad Sabu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Isu bekalan elektrik yang menyebabkan pintu air Seri Muda Syah Alam Selangor beroperasi secara manual dijangka diselesaikan dalam tempoh enam
00:09minggu, kata Ahli Parlimen Kota Raja Datuk Seri Mohd Sabu.
00:13Beliau berkata jaminan itu diberikan Jabatan Pengairan dan Seleran JPS ketika beliau meninjau keadaan pintu air berkenaan hari semalam bagi
00:22melihat tahap kesiapsagaan merapi musim tengkujuh.
00:26Mohd yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata penyelesaian isu itu penting bagi membolehkan pintu air berkenaan kembali beroperasi
00:35secara otomatik.
00:37Beliau berkata JPS turut memaklumkan paras air Sungai Kelang di Taman Seri Muda berada dalam keadaan terkawal namun pemantauan berterusan
00:45amat penting khususnya selepas kejadian banjir kilat yang melanda kawasan itu pada 8 November.
00:50Mohd berkata pengurusan banjir bukan sekadar melibatkan bacaan paras air atau kecekapan pintu air sebaliknya turut membabitkan keselamatan nyawa, rumah
00:59dan kehidupan ribuan penduduk yang perlu dilindungi.
01:02Beliau berkata tragedi banjir besar pada Dezember 2021 masih segar dalam ingatan penduduk Taman Seri Muda apabila banyak rumah ditenggalami
01:11air, harta benda musnah dan ada keluarga kehilangan insan tersayang.
01:15Beliau turut meminta penduduk Taman Seri Muda dan kawasan sekitarnya supaya terus berwaspada serta mengikuti makluman pihak berkuasa.

Recommended