Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) serta status pelaksanaan dasar Borneonisasi di Sabah dan Sarawak antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Fizia Azaman dalam Buletin Awani pagi ini. Kita mulakan dengan perkembangan berikut.
00:08Persiapan menapi monsoon timur laut MTL serta status pelasanaan dasar Borneo Onisasi di Sabah dan Sarawak antara tumpuan pesidangan Dewan
00:19Rakyat hari ini.
00:20Menerusi aturan urusan mesyuarat di Lama Web Parlimen pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri MQT, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof,
00:28PN Rantau Panjang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kesiapsiagaan kerajaan menghadapi monsoon itu.
00:37Langkah itu bagi memastikan tidak berulang isu seperti kekurangan bekalan makanan, jurang kualiti barangan bantuan dan keletihan petugas di Pusat
00:45Pemindahan Sementara PPS.
00:47Datuk Siti Amina Acing, GRS Buford pula meminta pada dan Menteri menyatakan status pelaksanaan Borneo Onisasi meliputi peratusan pengisian jawatan
00:56profesional dan pengurusan oleh anak tempatan di Sabah dan Sarawak selain langkah memastikan ketulusan penempatan serta peluang kenaikan pangkat dalam
01:05tempoh lima tahun akan datang.
01:07Sementara itu, Datuk Syamsul Kaha Mohd Deli, BN Jempol meminta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada Kementerian Bercadang memberi keutamaan
01:15segera untuk menaik taraf Jalan Utama Palong FT-44 dari Seksyen 0.00 hingga Seksyen 9.00,
01:23memandangkan laluan yang sering meragut nyawa itu merupakan sambungan kepada jajaran yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-13 RMK13.
01:32Pada sesi soal jawab lisan pula, Datuk Seri Doris Sofia Brody GPS Seri Aman membangkitkan soalan kepada Menteri Kewangan mengenai
01:40kesediaan kerajaan memperluas kategori barangan yang layak dibeli menerusi kredit sumbangan asas rahmah.
01:46Teruk menjadi tumpuan ialah soalan Afnan Hamimi Taib Azamuddin, PN Al-Lustar yang meminta Menteri Komunikasi memperincikan strategi kerajaan memendung
01:55peningkatan kandungan video palsu berteknologi tinggi atau deepfake dan berita sintetik menggunakan kecerdasan buatan AI bagi tujuan penipuan identiti serta
02:05manipulasi maklumat.
02:06Khairil Nizam Kiruddin, PN Jerantuk pula meminta Menteri Komunikasi menyatakan langkah strategi membantras kecurian kabel telekomunikasi melibatkan penyamaran sebagai petugas
02:16penyelenggaraan termasuk tindakan bersepadu bagi mengelak ancaman keselamatan dan risiko kemalangan kepada orang awam.
02:23Selesai sesi soal jawab lisan, Dewan Rakyat di jadual menyambung semula perbasaan rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2027 pada peringkat
02:31jawatan kuasa disusuli sesi penggulungan oleh Kementerian Sangat Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.
02:39Mengikut takwim Dewan Rakyat, Perbasaan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatan Kuasa di jadual berlangsung hingga 26 November ini melibatkan baki 16
02:49kementerian lagi untuk menggulung perbasaan portfolio masing-masing.
02:53Persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen ke-15 berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember ini.

Recommended