00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron tiba di Malaysia pada Sinan untuk memulakan lawatan nasmi dua hari bagi memperkukuh hubungan dua hala
00:09antara kedua-dua negara.
00:10Pesawat membawa Macron, isteri serta anggota delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, lapangan terbang antarabang Suha Kuala Lumpur, KLIA pada
00:2011.10 malam.
00:23Macron kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalin Pertama Regimen Ranger di Raja.
00:31Majlis sambutan ketibaan diserikan dengan persembahan kebudayaan yang menampilkan tarian tradisional sekaligus mencerminkan kekayaan dan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.
00:41Lawatan atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan kunjungan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak beliau memegang
00:49jawatan sebagai Presiden Perancis pada Mei 2017.
00:52Pada selasa, Macron akan diberikan upacara sambutan rasmi di bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur disusuli mesyuarat dua hala dengan
01:00Anwar.
01:00Pertemuan itu dijangka menumpukan kepada usaha meningkatkan hubungan Malaysia-Perancis ke tahap perkongsian strategik mencerminkan keutuhan serta kepentingan strategik hubungan
01:11yang sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.
01:15Kedua-dua pemimpin turut dijadualkan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman MOU meliputi bidang kerjasama strategik termasuk pertahanan, pendidikan tinggi, mineral
01:25kritikal dan peralihan tenaga.
01:27Anwar juga akan menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraihkan Presiden Perancis itu.
01:33Pada 2025, jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Perancis mencecah RM17.78 bilion.
01:41Import dari Perancis pula berjumlah RM11.73 bilion, sebahagian besarnya terdiri daripada peralatan pengangkutan, jentera dan bahan kimia.
01:50Perancis merupakan rakan dagang ke-21 terbesar Malaysia di peringkat global dan ke-4 terbesar dalam kalangan negara Eropah.