- 3 minutes ago
Laporan berita padat dan ringkas AWANI745 bersama Khalis Khadir
1. Pelajar serang guru guna kapak jalani penilaian psikiatri sebulan
2. Menang besar tiga PRN, tetapi BN tidak tergesa-gesa adakan PRN negeri lain
3. Tuju catat lebih sejuta pengguna selepas larangan guna Waze
4. Jerebu rentas sempadan, Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura
1. Pelajar serang guru guna kapak jalani penilaian psikiatri sebulan
2. Menang besar tiga PRN, tetapi BN tidak tergesa-gesa adakan PRN negeri lain
3. Tuju catat lebih sejuta pengguna selepas larangan guna Waze
4. Jerebu rentas sempadan, Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Zahid Cadang tempoh PLKN dipanjangkan 90 hingga 180 hari.
00:37Hanah Yoh jawab polemik isu Dewan Perkimpunan Cina KL Selangor.
00:46Jerebu rentas sempadan.
00:48Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura.
00:56Pelajar lelaki berusia 16 tahun yang didakwa mencederakan guru sekolah menengah swasta menggunakan kapak pada 21 Oktober lalu dihantar ke
01:06Hospital Sentosa Kuching selama sebulan bagi menjalani penilaian psikiatri.
01:12Perintah itu dikeluarkan Magistrit Leona Dominic Mojiliu selepas pelajar tingkatan empat itu dihadapkan ke Mahkamah Magistrit Kuching atas tiga pertuduhan
01:21berkaitan kejadian terpapit.
01:26Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan dan Mahkamah menetapkan 17 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi
01:36pengurusan KIS.
01:36Mengikut pertuduhan pertama, pelajar itu didakwa membawa sebilah kapak kecil yang dikategorikan sebagai senjata berjadual seperti diperuntukkan di bawah item
01:46tujuh.
01:47Jadual kedua Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 tanpa tujuan yang sah.
01:55Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7-1-A Akta Sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara 5 hingga 10 tahun jika sabit
02:04kesalahan.
02:05Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap guru wanita berusia 42 tahun menggunakan kapak kecil mengikut Seksyen 3
02:15-2-4 Kanun Kesiksaan.
02:17Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada
02:25hukuman berkenaan.
02:26Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki bahan letupan tanpa tujuan yang sah iaitu mercun dan bekas minuman yang telah diubahsuai
02:36serta mengandungi bahan letupan.
02:38Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda RM10,000
02:47atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
02:51Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah bilik darjah di sekolah menengah swasta berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi
03:0021 Oktober lalu.
03:02Pendakwaan dikendalikan pengarah pendawan Raja Zaizul Faridah bersama timbalan pendawa raya Nur Nisla Abdul Latif dan Abdul Rahman Abrar manakala
03:12remaja terbabit diwakili Peguam Wijok Tomik.
03:19Seorang lelaki di Rehman 3 hari hingga 18 November bagi membantu siasatan kes mengacukan pisau ke arah pembantu pengawal keselamatan
03:28ketika cuba menceroboh masuk kawasan Wisma Darul Aman semalam.
03:32Perintah Rehman terhadap suspek berusia 45 tahun itu dikeluarkan Magistret Nur Syifa Muhammad Hamzah di Mahkamah Magistret Al-Ustar.
03:39Ketua Polis Daerah Kota Setar Resisten Komisional Syed Basri Syed Ali berkata, Rehman itu bagi membantu polis melengkapkan siasatan mengikut
03:47Seksyen 6-1 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
03:53Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi Ahad, suspek yang menunggang motosikal memasuki kawasan bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu
04:01tanpa berhenti untuk pemeriksaan di pos pengawal keselamatan.
04:05Syed Basri berkata, suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau kecil berwarna hitam dari poket seluar sebelah kanan.
04:12Sebelum menunjukkannya ke arah pembantu keselamatan dan rakan sekerjanya, suspek kemudiannya cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas perlaku pergelutan
04:21dengan sekumpulan pembantu pengawal keselamatan.
04:24Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metafetamin dan amfetamin namun tiada rekod jenayah lampau.
04:38Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar tempoh program latihan khidmat negara PLKN 3.0 dipanjang kepada
04:4790 hingga 180 hari.
04:51Beliau berkata langkah tersebut antara lain bertujuan memantap dan memperkukuhkan lagi daya tahan pelatih.
04:59Ahmad Zahid bagaimanapun berkata cadangan itu bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk membiayai program tersebut.
05:06Saya merasakan bahawa tempoh 45 hari itu walaupun mencukupi buat setakat ini.
05:15Tetapi kalau ianya mahu lebih mantap, haruslah dipikirkan supaya ianya dapat digandakan kepada 90 hari sekurang-kurangnya
05:30atau kemudiannya 180 hari kerana daya tahan di kalangan wira muda ini mesti diterapkan melalui kerekelem insyaAllah 4.0 atau
05:425.0 nanti.
05:45Dan ini juga tergantung kepada sejauh mana kemampuan kerajaan mahu membiayai kursus yang baik ini.
05:54Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, banyak negara yang melaksanakan program serupa untuk tempoh panjang termasuk selama setahun
06:02dan terbukti mampu mewujudkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai daya tahan yang kuat.
06:07Dalam masa sama, katanya pelatih-pelatih PLKN juga boleh diserapkan untuk mengikuti kursus-kursus pendidikan dan latihau teknikal dan vokasional
06:16dalam kurikulum yang akan ditambah baik.
06:20Ahmad Zahid turut berkata, kerajaan akan mengkaji kaedah agar tenaga bekas pelatih PLKN dimanfaatkan
06:26termasuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan bencana atau ketika diperlukan.
06:31Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan perbarisan tamat latihan pelatih
06:37program latihan khidmat negara siri 4-2026 di Kompleks Sukan Bagan Datuk pada ISNET.
06:44Seramai 269 pelatih dari seluruh dari Regimen 503 Askar Wataniah Kemp PLKN Hutan Melintang
06:51menamatkan latihan mereka selepas menjalani modul latihan selama 45 hari.
07:08Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL melaksanakan 10 tindakan utama bagi memperkukuh
07:14pengurusan sungai, parit dan kolam tadahan termasuk meningkatkan kekerapan kerja penyelenggaraan.
07:20Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Wujud berkata,
07:24kekerapan kerja penyelenggaraan ditingkatkan kepada setiap 2 bulan sepanjang musim monsoon timur laut.
07:3210 tindakan yang kita laksanakan bagi pengurusan sungai dan juga kolam tadahan
07:38pertamanya melibatkan penyelenggaraan parit dan juga sungai serta kolam tadahan.
07:44Kita laksanakan setiap 3 bulan sekali kerja-kerja di silting berbanding sebelum ini setahun 2 kali.
07:50So kita laksanakan setiap 3 bulan sekali.
07:52Pada waktu monsoon pada masa sekarang ini kita laksanakan kerja-kerja penyelenggaraan setiap 2 bulan sekali.
07:58Ini bermakna semua kerodak-kerodak di sungai akan dikeluarkan
08:02bagi membolehkan volume air yang melalui peparitan dan juga sungai-sungai kita mendapat volume maksimum.
08:09Antara langkah lain ialah pengubah suaian bukaan saliran di tepi jalan
08:13bagi mempercepat aliran air hujan ke sistem peparitan
08:17serta penyediaan pang berkuasa tinggi berkapasiti 180 kuasa kuda
08:22di 10 lokasi rendah yang diselenggara secara berkala.
08:26DBKL turut menyediakan 9 kolam takungan setempat
08:30dengan 6 lagi sedang dalam perbinaan dan 6 dirancang pada 2027.
08:34Selain itu, lebih 65 kolam takungan setempat di kawasan pembangunan swasta turut dipantau
08:40manakala tembok penghadang banjir sepanjang 1.3km telah siap dibina
08:45bagi mengurangkan limpahan air di kawasan berisiko.
08:48Tambahnya lagi, seramai 360 anggota DBKL turut berada dalam keadaan bersiap siaga
08:54ketika hujan lebat bagi menyelaras operasi serta membersihkan saliran yang tersumbat.
09:10Kerajaan mengkaji pelbagai pendekatan termasuk cadangan mengenakan levy ke atas kenderaan elektrik
09:16bagi mempercepat pembangunan infrastruktur pengecasan ke arah mencapai sasaran 30,000 pengecas menjelang 2030.
09:25Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI Sim Zizian berkata
09:29carangan itu masih di peringkat kajian dan kerajaan perlu meneliti pelbagai aspek
09:35sebelum sebarang keputusan mengenai pelaksanaan yang dibuat.
09:41Menurut beliau, antara perkara wajar diberi perhatian ialah keperluan memperluas kapasiti
09:47pencawang elektrik dengan kerjasama Ternaga Nasional Belhad atau TNB
09:51bagi membolehkan lebih banyak stesen pengecasan EV dibangunkan.
09:56Kalau substesen tidak diselesaikan, dia tidak boleh meluas.
10:00Jadi kita harap TNB untuk bantu kerajaan untuk menyediakan lebih banyak EV charging stesen
10:09dan ultimately adalah dari segi benefit kepada kos.
10:17Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail PN Ku Bang Pasu
10:22berhubung langkah konkret kerajaan untuk mencapai 30,000 pengecas EV
10:27termasuk memastikan kemudahan itu turut tersedia di kawasan luar bandar dan pekan kecil.
10:33Tambah Zizin, sebanyak 148 unit pengecas EV arus terus telah beroperasi di kawasan rehat dan rawat
10:40atau ANR, hentian sebelah serta stesen minyak di lebuh raya utama bagi menanggani kebimbangan jarak perjalanan.
10:49Difahamkan setakat ini sebanyak 20 syarikat pengendali titik pengecasan terlibat aktif
10:54dalam pemasangan infrastruktur berkaitan.
11:05Presiden Indonesia Prabowo Subianto memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura.
11:11Susulan kejadian jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan yang berlarutan hampir 4 bulan.
11:19Permohonan maaf itu disampaikan bagi pihak kerajaan dan rakyat Indonesia
11:23ketika beliau berucap pada sesi Pleno Sidang Kemunca ASEAN ke-49
11:28yang dipengerusikan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. di Manila, Filipina pada ahad.
11:36Omong-tya, MIJ Henan-Garjan.
11:37This is very important because we must acknowledge that we have problems amongst ourselves.
11:45Because we are neighbors, an incident or a problem in one part of our region
11:52will affect other members of the region.
11:55For instance, I would like to apologize to my neighboring countries
12:01Malaysia dan Singapura, ketika kami mempunyai pejabat yang sangat besar yang mempunyai 4 bulan untuk kami untuk mengawal,
12:15pejabatnya berjalan ke Malaysia dan Singapura.
12:20Ini bukan salah kami tetapi sekali lagi kami minta maaf.
12:25Dalam pada itu, Prabowo memberi jaminan yang Indonesia sudah menggerakkan pelbagai usaha bagi menanggani kebakaran hutan dan tanah berkenaan.
12:34Bagaimanapun, kebakaran yang berlarutan hampir 4 bulan itu menyebabkan jerebu merentasi sempadan sehingga menjejaskan komuniti di Malaysia dan Singapura.
12:43Menurut beliau, Kerajaan Indonesia mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap syarikat yang terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah,
12:50selain mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk perbatalan konsesi serta proseding undang-undang.
12:56Susulan itu, kata Prabowo, Indonesia setakat ini sudah membatalkan 17 konsesi syarikat,
13:02sebanyak 26 syarikat sedang disiasat dan 11 sudah didakwa.
13:06Manakala 23 lagi syarikat dijadwalkan didakwa dengan keseluruhannya 104 syarikat sedang disiasat polis.
13:12Beliau terus memaklumkan Indonesia menggerakkan 71,000 anggota bagi operasi memadam kebakaran hutan
13:18dengan 16 anggota terkorban manakala ramai lagi cedera ketika menjalankan tugas.
13:27Jangan ke mana-mana selepas ini kita bertemu semula dalam Sinar Hawani.
13:49Assalamualaikum, salam hormat anda sedang menonton.
13:52Sinar Hawani bersama saya, Khalis Gadir.
13:54Kita ikuti dahulu tumpuan utama kami malam ini.
14:01Menang besar 3 PRN, tetapi BN tidak tergesa-gesa adakan PRN negeri lain.
14:08Hanayuh jawab polemik isu Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor.
14:15Tuju catat lebih sejuta pengguna selepas larangan guna WIS.
14:26Kami mulakan Sinar Hawani dengan isu yang menjadi polemik ketika ini.
14:31Berkenaan isu pengurangan premium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, KLSCAH.
14:38Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Hanayuh menjelaskan,
14:42penukaran status tanah KLSCAH daripada komersial kepada institusi
14:47menjadi faktor utama pengurangan premium tanah bangunan warisan itu kepada RM1,000.
14:54Beliau berkata perubahan status perkenaan menyebabkan nilai komersial tanah itu berkurangan.
15:01Hana berkata keputusan itu dibuat selepas jawatan kuasa berkaitan
15:06meneliti permohonan rayuan yang dikemukakan pihak pengurusan bangunan berkenaan.
15:11Pemohonan KL Selangor Chinese Assembly Hall merupakan bangunan warisan
15:16yang telah mendapat statusnya awal tahun 2007 kalau tak silap.
15:23Dan permohonan kerana mereka mempunyai lease 8 tahun lagi dan mereka telah meminta
15:29kerana mereka merupakan bangunan warisan dan yang paling penting adalah
15:33status permohonan mereka ditukar daripada komersial kepada institusi.
15:39Bila mereka tukar status tanah mereka, tanah itu sudah tidak bernilai
15:44seperti tanah komersial. Dia tak boleh naik kondo, dia tak boleh jadi shopping mall.
15:49Dia hanya kekal sebagai sekarang bangunan warisan institusi.
15:54Isu pengurangan premium itu timbul selepas kerajaan meneluskan
15:58pembaharuan pajakan tanah KL SCAH selama 99 tahun dengan kadal premium nominal RM1,000
16:06berbanding anggaran terdahulu kira-kira RM4.67 juta.
16:14Barisan Nasional BN tidak mahu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya di negeri-negeri lain
16:21meskipun mencatat kemenangan besar pada pilihan raya negeri PRN Melaka ke-16 minggu lalu.
16:27Pengurusi BN, Datuk Suri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya menyerahkan perkara tersebut
16:31kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk membuat penilaian.
16:36Kita baru saja selesai Melaka. Jadi kita tidak mahu tergesa-gesa untuk mengadakan
16:45pilihan raya di negeri-negeri lain. Saya serahkan kepada Ketua Menteri
16:53ataupun Menteri Besar di negeri masing-masing untuk melihat bagaimanakah situasinya
17:00dan mempersebahkan kepada tuanku dan memberikan nasihat kepada tuanku-tuanku
17:08serta ketua-ketua negeri TYT yang dipertua negeri jika ianya bersesuaian.
17:17Tetapi biarlah kita selesaikan satu persatu dahulu.
17:21Ahmad Zahid mengulas cadangan seorang bekas pemimpin UMNO agar Dewan Undangan
17:26dan negeri Pahang dan Perak wajar dibubarkan bagi membuka laluan kepada
17:30pembentukan Kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di kedua-dua negeri itu.
17:36Bekas Ahli Majlis Kerajaan Tertinggi UMNO, Datuk Muhammad Pungad Zakashi berkata
17:40cadangan itu susulan kejayaan formula kerjasama BNPN yang menyaksikan kedua-dua gabungan
17:46berkenaan mencatat kemenangan besar pada PRM Melaka.
17:49Keputusan PRM Melaka pada Sabtu menyaksikan gabungan BN memperolehi 21 kerusi
17:54manangkala BN 3 kerusi dan PH 4 kerusi.
18:05Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu PBB, Datuk Seri Fadillah Yusuf
18:11menghargai keputusan Barisan Nasional BN tidak bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-13.
18:17Tegasnya keputusan BN itu wajar sambil menegaskan kepentingan dalam memastikan
18:23kestabilan politik demi masa depan negara.
18:29Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Zahid yang mengatakan bahawa Barisan Nasional
18:35tidak akan bertanding di Sarawak. Memang Barisan Nasional dari dulu tak bertanding di Sarawak.
18:39Jadi kita menghargai.
18:42Dan yang lebih penting ialah bagaimana kita nak tentukan masa depan negara kita.
18:47kestabilan politik adalah penting.
18:49Jadi itu akan membantu untuk kita membangunkan negara kita dari segi ekonomi
18:53dan ekonomi yang kukuh akan dapat meningkatkan pendapatan kita akhirnya untuk kita membantu rakyat kita.
19:00Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan ladang solar gading kencana CGPP.
19:06Pada ahad, BN menegaskan tidak akan meletakkan calon PRN Sarawak
19:10susulan persefahaman politik yang telah lama terjalin antara UMNO, BN dan PBB Sarawak.
19:16Pengurusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
19:18BN tidak pernah berhasrat untuk tanding di mana-mana kerusi di negeri itu
19:22dan akan menghormati persefahaman sedia ada dengan gabungan politik di Sarawak.
19:38Pernanda Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan ucapan
19:42pada Sidang Kemuncak ASEAN China ke-29
19:45sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, Filipina.
19:50Dalam ucapannya, beliau menyentuh beberapa usaha
19:53memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China.
19:58Wartawan Nasru Awani, Umavati Ramayah berada di Manila ketika ini
20:02menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.
20:10Belak memasuki hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila hari ini
20:15terdapat tiga perkara utama yang diketengahkan
20:18Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
20:20dalam kenyataan negara pada Sidang Kemuncak ASEAN China ke-29 pagi tadi.
20:25Dan pertama, berhubung rundingan Kod Tatah Kelakuan atau COC di Laut China Selatan
20:31di mana Malaysia menegaskan komitmennya untuk mengekalkan momentum rundingan
20:35yang kini berada pada peringkat kritikal.
20:39Dan Perdana Menteri juga berkata Malaysia selaku pengurusi bersama rundingan itu
20:44dengan China kekal komited untuk meneruskan usaha kearah
20:47memutamatkan COC yang terkesan dan substantif.
20:52Kedua, pelaksanaan protokol naik taraf perjanjian perdagangan bebas
20:56ASEAN China atau ACFTA 3.0 di mana Malaysia mengalu-alukan
21:01kerjasama China bagi memastikan peruntukan perjanjian itu
21:06dimanfaatkan sepenuhnya khususnya oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana
21:11atau PMKS.
21:14Ini termasuk kerjasama dalam aspek piawaian, persaingan serta perlindungan pengguna
21:18yang selaras dengan hak dan tanggungjawab masing-masing.
21:22Dan ketiga, kerjasama dalam pemindaan teknologi dan pembangunan industri tempatan
21:27di mana Perdana Menteri, Datuk Sui Anwar Ibrahim menegaskan hubungan
21:32ASEAN China tidak seharusnya terhad kepada perdagangan semata-mata
21:36sebaliknya perlu diperluaskan menerusi pemindaan teknologi, industri tempatan
21:42serta kerjasama pendidikan dalam latihan teknikal dan vocational atau T-TV
21:47dan pada masa yang sama, Datuk Sui Anwar Ibrahim turut menekankan kepentingan
21:51memperluas kerjasama dalam AI serta peralian tenaga bersih
21:56termasuk merealisasikan gerik kuasa ASEAN.
21:58Dan berkait perkembangan semasa, Perdana Menteri sebentar tadi baru saja
22:03berlepas ke Malaysia hari ini bagi menyambut ketibaan Presiden Perancis
22:06yang memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.
22:10Dan beliau dijangka kembali ke Manila kira-kira jam 4.45 petang esok
22:15bagi menghadiri majlis penutupan sidang kemunca ASEAN ke-49
22:19yang turut dijangka dihadiri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
22:23Dan sementara itu, esok bakal menyaksikan satu lagi acara yang penting
22:27apabila Filipina menyerahkan ke pengurusian ASEAN kepada Singapura
22:32sekaligus menandakan berakhirnya ke pengurusian Filipina bagi tahun ini.
22:37Dan saya, Umar Wadiramia dan Yurukamera Fahmi Azhar
22:40akan terus bawakan perkembangan sidang kemunca ASEAN dari Manila.
22:43Kita kembali ke studio. Terima kasih.
23:07Aplikasi navigasi tempatan 7 mencatatkan lebih sejuta pengguna
23:11dalam tempoh beberapa hari selepas larangan penggunaan WIS
23:15melibatkan pegawai kerajaan bagi urusan rasmi
23:18mula dikuatkuasakan pada 20 Oktober lalu.
23:21Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslam berkata,
23:25jumlah muat turun aplikasi itu meningkat
23:27daripada kira-kira 200 ribu dalam tempoh 7 bulan
23:31kepada 800 ribu sebelum melepasi sejuta pengguna
23:35dalam beberapa hari.
23:38Menurut beliau, Pernikatan Mendadak Muat Turun Aplikasi
23:41yang dibangunkan ProSignal Consultium Sendirian Berhad itu
23:44bagaimanapun memberi tekanan kepada kapasiti sistem sedia ada
23:48sehingga mengakibatkan gangguan teknikal terhadap fungsi
23:51navigasi aplikasi berkenaan.
23:53Peningkatan pengguna yang mendadak tersebut telah menyebabkan
23:56caj bayaran langganan oleh penyedia perkhidmatan.
24:01Pernikatan peta navigasi telah melebihi had bayaran
24:05sehingga ProSignal kena membayar RM300,000 dalam masa satu hari contohnya.
24:11Susulan itu, LLM bersama PCSB ProSignal telah melaksanakan
24:15langkah pemulihan dan penambahbaikan aplikasi 7.
24:20Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan
24:22Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2027
24:25dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027
24:28peringkat jawatan kuasa bagi Kementerian Kerja Raya
24:31di Dewan Rakyat pada Isnin.
24:32Selain itu, LLM turut menyelaraskan perbincangan
24:36dengan agensi berkaitan termasuk agensi keselamatan
24:39cyber negara, Kementerian Digital, Jabatan Digital Negara
24:43dan GovTech Malaysia bagi menambahbaik sistem aplikasi berkenaan.
24:47Tambah Ahmad bermula 6 November lepas tuju menggunakan
24:51fungsi navigasi yang dipautkan menerusi hyperlink terus
24:54kepada Google Maps sebagai langkah alternatif bagi
24:56mengoptimumkan kos pengoperasian sistem.
25:01Kementerian Kesihatan KKM mempertahankan langkah penyumburan luaran
25:06ke hospital swasta sebagai satu keperluan mendesak
25:09bagi menangani tekanan semasa di fasiliti kesihatan awam.
25:13Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata
25:16pendekatan tersebut diambil secara pragmatik
25:19bagi meredakan bebanan hospital serta kesesakan pesakit
25:23sementara kerajaan giat membina kerangka penyelesaian jangka panjang.
25:30Meskipun, kalau kita mahu menangani cabaran semasa
25:36firefighting yang saya hadapi setiap hari
25:38iaitu hospital yang terbeban, masa menunggu yang panjang
25:42ia bukan masa menunggu yang panjang
25:44khasnya prosedur elektif.
25:47Kesemua itu menuntut saya untuk menyelesaikan masalah itu
25:50satu-satu yang sifatnya jangka dekat
25:53berbanding apa yang saya mahu bina
25:55sebagai satu jangka jauh
25:57yakni dana kesihatan nasional itu.
26:01Jadi kita perlu faham apa yang menjadi
26:03bebanan kepada fasiliti kami
26:05dan juga apa yang menjadi tuntutan rakyat
26:09patient experience
26:10yang dengan izin
26:12pengalaman pesakit dalam fasiliti-fasiliti kami.
26:15Sebab itu kita meletakkan penyumburan luaran itu penting
26:18timbaran yang dipertua.
26:20Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan
26:24Ahli Parlimen Tanjung Karang
26:26Datuk Dr. Zulkah Peri Hanapi
26:29yang meminta penjelasan KKM
26:31berhubung langkah penyumburan luaran ke hospital swasta
26:34dan skim medi asas yang dianggap sekadar kawaran kos jangka pendek
26:39bukannya penyelesaian struktur kepada kekangan bajet kementerian.
26:43Tambah Zulkifli pelaksanaan 14 inisiatif
26:46di bawah Hospital Service Outsourcing Program
26:48terbukti memberikan impak positif dan kelegaan segera kepada rakyat.
26:54Beliau turut menekankan pembinaan prasarana kritikal kesihatan
26:58seperti pursat kardioterasik mustahil dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.
27:03Justru, KKM mengambil pendekatan serampang dua mata
27:07dengan memanfaatkan penyumburan luaran
27:09bagi menampung tuntutan semasa
27:11sambil merangka penggumbalan Akta Dana Kesihatan Nasional atau DKN
27:16yang disasalkan menjelang tahun 2029
27:20demi kemampanan jangka panjang sistem kesihatan negara.
27:26Situasi janggal menjadi tumpuan di Parlimen pada Isnin
27:30apabila timbalan yang dipertua Dewan Rakyat,
27:33Datuk Ramli Muhammad Nur,
27:34meninggalkan kerusi speaker untuk mengambil tempat
27:37sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands
27:39bagi membahaskan lanjawan 2027.
27:43Perkara itu mendapat bantahan Ahli Parlimen Beluran,
27:46Datuk Seri Ronald Kendi
27:47yang berpenderian kerusi speaker
27:49tidak sepatutnya dibiarkan kosong
27:52sepanjang persidangan berlangsung.
27:55Menurut Ronald,
27:56seseorang perlu dilantik sementara
27:58untuk mengendalikan urusan Dewan Rakyat
28:01ketika timbalan speaker
28:02mengambil bahagian dalam perbahasan.
28:05Yang berhormat, kerusi tak boleh dikosongkan.
28:07Boleh lantik sementara untuk duduk di sana.
28:09Saya bolehlah duduk di sana sementara.
28:11Yang berhormat,
28:13dia mesti sampai di sana.
28:14Yes, I'm here.
28:15Jadi tidak melanggar peruturan.
28:1899, 99A dan 100 memenangkan.
28:21That's general, 99A itu overall everything, yeah.
28:24Yes.
28:24Tapi dalam peratur masyarakat yang ada peruntukan,
28:27somebody have to be there.
28:29Jadi kalau speaker tidak ada,
28:32ya speaker Dewan boleh melantik siapa-siapa
28:34dalam Dewan ini untuk sementara.
28:36While you are debating.
28:39Bagaimanapun, Ramli menegaskan
28:40tindakan beliau itu tidak bercanggah
28:42dengan mana-mana peraturan masyarakat
28:44selepas semakkan dibuat,
28:45selain masih menjalankan tanggungjawab
28:48sebagai timbalan yang dipertua Dewan Rakyat.
28:50Sila baca peraturan 99.
28:53Tapsiran peraturan masyarakat
28:55oleh yang dipertua Dewan Rakyat
28:58atau timbalannya adalah mutamat.
29:00Perlu usul sendiri untuk kaji semula.
29:02Jadi yang berhormat,
29:03jika tak setuju, usulkan.
29:04Untuk maklumat yang berhormat,
29:07saya tak abdicate
29:08tanggungjawab saya sebagai timbalan speaker.
29:12Saya tidak sekali-kali dalam tempoh yang berkenan.
29:14Yang berhormat, saya tengah bercakap.
29:16Peraturan 42 itu cakap,
29:17saya bercakap, Yang berhormat dengar.
29:20Duduk.
29:22Saya tak habis lagi ini.
29:24I have not, dengan izin, I have not finished.
29:29That is peraturan 99.
29:34Peraturan 99A,
29:35kegalaan mematuhi peraturan masyarakat,
29:38tidak membatalkan perjalanan masyarakat
29:40dan atau keputusannya.
29:42Sementara itu,
29:43Dr. Zaliha Mustafa Pihish Sekijang
29:46menyifatkan insiden berkenaan
29:47sebagai satu duluan,
29:49sambil berkata garis panduan
29:50yang lebih jelas diperlukan
29:52bagi menanggani situasi serupa
29:54pada masa hadapan.
30:10Kementerian Luar China
30:11pada isin yang pesahkan,
30:13Presiden Xi Jinping
30:14akan mengadakan sidang kemuncak
30:16tiga pihak bersama rakan sejawatnya
30:19dari Amerika Syarikat dan Rusia
30:20pada minggu ini.
30:22Menurut jurucakap kementerian itu,
30:24Jinping, Presiden Rusia Vladimir Putin
30:26dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
30:29akan bertemu di Shenzhen pada Khamis
30:31di luar mesyuarat pemimpin
30:33ekonomi kerjasama ekonomi Asia Pacific APEC
30:36ke-33.
30:39Kementerian itu tidak segera
30:41mendedahkan isu yang dibincangkan
30:42ketiga-tiga pemimpin berkenaan.
30:45Bagaimanapun jurucakap Kremlin
30:46Dmitry Peskov pada Sabtu sahkan,
30:49sidang kemuncak tiga pihak itu
30:51akan berlangsung pada Khamis.
30:52White House turut sahkan
30:54pertemuan berkenaan pada Jumaat.
30:56Penolong Setiausaha Akbar White House
30:58Olivia Wills berkata,
31:00antara topik yang akan dibincangkan
31:02ialah pengurangan jumlah senjata nuklear
31:04di dunia yang pertambahannya
31:06dianggap sangat berbahaya
31:08oleh Presiden Trump.
31:09Wills berkata,
31:11Trump juga akan mengadakan
31:12pertemuan dua hala dan makan tengah hari
31:14bersama Jinping
31:15sambil membincangkan urusan rasmi
31:18pada petang Khamis
31:19sebelum mengakhiri lawatannya.
31:22Mesyarat APEC dijadual berlangsung
31:23pada 18 hingga 19 November ini.
31:36Terima kasih telah menonton!
31:56sebabnya ada beberapa informasi
31:57yang boleh berkata.
32:02Pasangan diraja Britain,
32:04putera William dan Kate Middleton
32:06menyertai permainan kriket jalanan
32:08bersama lajenda kriket India
32:09Sachin Tendulkar
32:10di Mumbai pada Isinin.
32:13Diiringi paluan gendang tradisional
32:15oleh pemuzik yang mengenakan
32:16hiasan kepala tradisional,
32:18pasangan diraja itu
32:19turut beraksi
32:19bersama lajenda dan kanak-kanak tempatan.
32:22mereka datang tangan
32:24untuk berkata universitas
32:25dan mereka berkata
32:26dengan banyak waktu yang berkata.
32:27Jadi,
32:28ini adalah hal yang terkait.
32:28Tetapi,
32:29sebuah kemajannya,
32:33tetapi,
32:35ini adalah hal yang terkait.
32:39ini adalah hal yang terkait.
32:42Ini adalah hal yang terkait.
32:44ini adalah hal yang terkait.
32:46di mana kita boleh membuat beberapa perubahan ke planet yang menghadapi banyak perubahan.
32:55Lawatan tiga hari pasangan diraja itu ke India turut diisi dengan aktiviti menaiki tren metro di Mumbai
33:01selain menghadiri Majlis Anugerah Earthshot Prize Tahunan.
33:05Lawatan berkenaan dijadurkan berakhir pada Rabu dengan pertemuan bersama Perdana Menteri India Narendra Modi di New Delhi.
33:24Terima kasih kerana menonton saluran berita paling dipercayai di Malaysia.
33:33Saya Khalis Gadir bersama Juru Bahasa Isyarat Zaid Samad.
33:36Assalamualaikum.
33:44Terima kasih kerana menonton!