Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kerajaan negeri Perak menetapkan empat keutamaan yang menjadi asas penting dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri menjelang tahun depan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu semula, Kerajaan Negeri Perak menetapkan empat keutamaan yang menjadi asas penting dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri menjelang tahun depan.
00:10Menteri Besar Datuk Seri Sarani Muhammad berkata keempat-empat keutamaan itu ialah mempercepat realisasi pelaburan,
00:16menyediakan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri, memastikan kesiapsagaan infrastruktur dan memperkukuh penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS.
00:28Katanya pelaksanaan projek pelaburan perlu dipermudah dengan penyelesaian segera melibatkan pelbagai isu seperti tanah, utiliti dan penyelarasan agensi.
00:37Markala kesiapsagaan infrastruktur seperti bekalan air, tenaga, logistik serta kemudahan digital mesti bergerak seiring dengan pembangunan industri.
00:46Selain itu kerjasama institusi pendidikan, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET serta industri mesti diperkukuh
00:54supaya anak Perak tidak terlepas peluang pekerjaan, Markala PMKS tempatan perlu dibantu bagi memenuhi piawayan agar dapat menyeretai rantai yang
01:03bekalan syarikat besar.
01:05Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perak Ekonomi Outlook 2027 pada Isnin.
01:09Selain itu Sarani berkata Perak merekodkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan dengan nilai keluaran dalam negeri kasar KDNK
01:18meningkat kepada RM91.5 bilion pada 2025 berbanding RM80.5 bilion pada 2022.
01:26Katanya kadar pertumbuhan ekonomi negeri juga melonjak kepada 5.7% pada 2025 daripada 4.8% 2024 dan 2
01:38.8% pada 2023 sekaligus mengatasi pencapaian peringkat nasional iaitu sebanyak 5.2%.
01:46Sektor pembuatan pula merekodkan pertumbuhan 15.2% pada 2025 iaitu yang tertinggi di Malaysia sekaligus membuktikan peranan sektor perindustrian
01:56yang semakin penting sebagai pemacu utama ekonomi negeri.
02:00Jelasnya lagi keyakinan terhadap ekonomi Perak turut dilihat melalui prestasi pelaburan swasta yang diluluskan iaitu RM15.76 bilion pada 2025
02:11berbanding RM6.61 bilion pada 2022.
02:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended