Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Dua lengan mekanikal pada menara pelancaran SpaceX menangkap Starship selepas wahana itu menghabiskan lebih 22 jam di orbit. Kejayaan itu menandakan kemajuan dalam pembangunan roket boleh guna semula sepenuhnya, walaupun kedua-dua peringkat belum berjaya dibawa pulang dalam satu misi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kapal angkasa Starship milik SpaceX berjaya kembali ke menara pelancarannya di Texas pada Sabtu selepas mengelilingi bumi 14 kali dan
00:09berada di orbit selama lebih 22 jam.
00:11Ini adalah penerbangan paling lama di orbit setakat ini.
00:15Kejayaan membawa pulang kapal angkasa itu menandakan kemajuan dalam usaha SpaceX membangunkan sistem roket yang boleh digunakan semula sepenuhnya.
00:23Starship dilancarkan dari pusat Starbase di Texas pada Jumaat dengan bantuan roket pendorong.
00:30Namun pendorong itu gagal kembali ke tapak pelancaran seperti dirancang.
00:34SpaceX masih belum berjaya membawa pulang kedua-dua peringkat roket itu dalam misi yang sama.
00:39Semasa di orbit, Starship melepaskan 26 satelit Starlink pada ketinggian kira-kira 260 km.
00:46Pada Sabtu, kapal angkasa itu menghidupkan satu enjin untuk keluar dari orbit dan memasuki semula atmosfera bumi.
00:52Apabila menghampiri tapak pelancaran, Starship menghidupkan tiga enjin untuk menegakkan kapal dan menghalakannya ke menara.
01:00Dua lengan mekanikal pada menara kemudian menangkap kapal itu ketika ia masih di udara.
01:05Roket Falcon 9 milik SpaceX hanya boleh menggunakan semula peringkat pertamanya.
01:10Bagi Starship, SpaceX menyasarkan kedua peringkat roket dapat digunakan semula.
01:15Syarikat itu juga sedang membangunkan jubin pelindung haba yang tidak memerlukan banyak kerja baik pulih selepas setiap misi.
01:21Elon Musk menyasarkan Starship menjadi kapal angkasa utama SpaceX untuk melancarkan satelit selain menyokong rancangan menghantar manusia ke bulan dan
01:30akhirnya ke mari.

Recommended