00:00Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan sidang-sidang Kemuncak berkaitan secara rasmi membuka tirai di Manila pada Ahad dengan tumpuan
00:08kepada usaha memperkukuh kerjasama dan perpaduan serantau dalam mendepani ketegangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi serta pelbagai ancaman rentas sempadan.
00:17Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. yang juga pengurusi ASEAN 2026 ketika merasmikan pembukaan sidang itu menegaskan keperluan negara anggota bertindak
00:27secara kolektif bagi memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmaran rantau ini terus terpelihara.
00:34Pertemuan tiga hari hingga Rabu itu menghimpunkan pemimpin negara anggota ASEAN serta rakan dialog bagi membincangkan keutamaan serantau selain merangka
00:44hal tujuh blok berkenaan dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
00:49Dalam ucapan pembukaannya di pusat konvensyen antarabangsa Filipina PICC, Marcos berkata perkembangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi, perubahan iklim, kemajuan teknologi serta
01:02ancaman rentas sempadan menuntut pendekatan bersama kerana tiada negara mampu menangani cabaran berkenaan secara bersendirian.
01:28Terima kasih telah menonton!
01:54Selain itu, Marcos berkata kepengurusian Filipina tahun ini memberi tumpuan kepada tiga keutamaan di bawah visi jangka panjang ASEAN 2045
02:05iaitu keamanan dan keselamatan, kemakmuran serta pemerkasaan rakyat.
02:10Beliau turut menyentuh kemajuan kerjasama maritim, usaha memanteras pemberdagangan manusia, jenayah saiber dan penipuan dalam talian selain memperkukuh integrasi ekonomi
02:20menerusi pada janjian rangka kerja ekonomi digital ASEAN DEFA dan pembangunan gerik kuasa ASEAN.
02:26Pada masa sama, Marcos menegaskan kepentingan kerjasama serantau dalam bidang kecerdasan buatan AI, kesiapsagaan menghadapi bencana, perlindungan sosial dan daya
02:36tahan digital khususnya dalam kalangan golongan muda.
02:39Beliau turut menyifatkan ulang tahun ke-50 perjanjian persahabatan dan kerjasama di Asia Tenggara TAC sebagai peringatan terhadap komitmen ASEAN,
02:48terhadap prinsip saling menghormati, tidak menggunakan kekerasan serta menyelesaikan pertikaian secara aman.