00:00Krisis Myanmar dan ketegangan di Laut Cina Selatan dijangka menjadi tumpuan utama sidang kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, Filipina
00:08pada ahad.
00:09Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim yang tiba di Manila pada malam Sabtu dijadual menghadiri majlis perasmian di pusat konvensyen
00:16antarabangsa Filipina.
00:20Majlis itu akan dipengerusikan Presiden Filipina Ferdinand Marcus Jr. selaku pengerusi ASEAN.
00:26Anwar kemudian akan menyertai sesi Plano dan sesi Retreat, Pemimpin ASEAN.
00:31Beliau diiringi Menteri Luar, Dato' Sri Muhammad Hassan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Dato' Sri Johari Abdugani.
00:37Menurut Wisma Putra, Pemimpin ASEAN dijangka menilai peraksanaan konsensus lima perkara mengenai Myanmar dan membincangkan langkah seterusnya.
00:46Agenda Keselamatan Maritim pula dijangka merangkumi cadangan penubuhan pusat maritim ASEAN serta kemajuan rundingan kod tata laku di Laut Cina
00:54Selatan.
00:55Sidang kemuncak itu turut memberi peluang kepada Malaysia untuk bertukar pandangan mengenai hala tujuh ASEAN termasuk usaha memperkukuh daya tahan
01:02serantau, keselamatan tenaga dan rantaian bekalan.
01:06Isu jerebu rentas sempadan dan krisis di Asia Barat juga dijangka dibincangkan.
01:11Pada ahad, Anwar turut di jadual menyertai pertemuan berasingan dengan wakil perhimpunan antara Parlimen ASEAN, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan
01:19Belia ASEAN.
01:21Belia juga di jadual menerima kunjungan hormat Presiden Bank Pembangunan Asia, Masato Kanda.
01:26Pada Isnin, Anwar di jadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN bersama Cina, Australia, Korea Selatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
01:35Persidangan tiga hari itu berakhir pada selasa dengan agenda termasuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN Amerika Syarikat serta penyerahan pengerusian ASEAN
01:44daripada Filipina kepada Singapura.
01:46Terima kasih telah menonton!