00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama dengan saya Fidaw Zazil untuk Bluetin Awani pada jam ini kita meletakkan dengan laporan
00:06berikut.
00:07Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM Selangor telah menahan reman seorang bekas kakitangan sebuah syarikat berkaitan kerajaan GLC Persekutuan kerana
00:16disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira 3 juta ringgit daripada seorang pengarah syarikat.
00:21Tindakan itu dipercayai sebagai balasan untuk membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik di seluruh menanjung Malaysia
00:30bernilai kira-kira 95 juta ringgit.
00:36Perintah reman lima hari sehingga 16 November 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Magistret Wanora Nisa Ngadirin selepas permohonan dibuat
00:44oleh SPRM di Mahkamah Magistret Cahalam.
00:47Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 12.30 hari pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di
00:54pejabat SPRM Selangor.
00:56Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan berkenaan antara tahun 2023 hingga 2025 dengan menggunakan dokumen berkaitan perolehan dan pelantikan
01:05kontraktor bagi meyakinkan pengarah syarikat berkenaan.
01:09Suspek juga dipercayai menerima wang rasuah melalui beberapa keping cek yang disalurkan oleh beberapa syarikat yang bertindak sebagai orang tengah.
01:17Pengarah SPRM Selangor Azwan Ramli mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16, Subseksyen A, Subseksyen B, Akta
01:26SPRM 2009.
01:29Terima kasih kerana menonton!