Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
KPDN menyahaktifkan 211 syarikat daripada eCOSS kerana tidak mematuhi syarat pengedaran dan penjualan minyak masak peket bersubsidi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 211 syarikat dinyah aktifkan daripada sistem skim penstabilan harga minyak masak atau ECOS
00:07takat 30 Oktober lepas kerana tidak mematuhi syarat pengedaran dan penjualan minyak masak paket bersubsidi.
00:14Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup KPDN juga merekodkan 8 kes berkaitan larangan menjual minyak masak paket bersubsidi
00:22kepada bukan warga negara dan larangan pembelian oleh gulungan itu.
00:26dan peraturan berkenaan kuat kuasa sejak 1 Mac lepas.
00:32Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, KPDN berkata ECOS membolehkan rantaian pengedaran dan urus niaga dipantau
00:39serta identiti pembeli disahkan secara digital.
00:43Pengedaran mengikut zon dan had 3 paket bagi setiap transaksi turut dilaksanakan
00:47untuk memastikan bekalan mencukupi dan mengurangkan ketirisan.
00:51Kementerian sudah mengusahakan penyepaduan ECOS dengan sumbangan asas rahmah, sara dan jawatan pendaftaran negara
00:58bagi membolehkan pembeli menggunakan kad pengenalan untuk pengesahan.
01:02Langkah itu bertujuan memudahkan pembelian khususnya bagi warga emas dan penduduk luar bandar.
01:08KPDN akan terus menilai keberkesanan sistem itu sebelum mempertimbangkan peluasannya kepada barangan bersubsidi lain.
01:14Sementara itu, KPDN merekodkan 5,893 kes ketirisan dan penyelewengan diesel, petrol serta minyak masak di seluruh negara
01:24dari Januari 2023 hingga 31 Oktober 2026.
01:28Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM82.85 juta.
01:33Diesel mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2,763 kes, diikuti petrol dengan 1,722 kes dan minyak masak paket dengan 1
01:43,408 kes.
01:45KPDN berkata penguatkuasaan akan terus diperkukuh menerusi risikan, pemantauan data dan kerjasama antara agensi
01:52termasuk melalui OPS T-RIS 4.0.
01:55Terima kasih telah menonton!

Recommended