00:00Jadi itu bahagian pertama. Yang kedua, saya sebut tadi, sekatan dari segi kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan tempat tinggal.
00:10Sekatan penggunaan telefon. Tak dibenarkan menggunakan telefon dan alat telekomunikasi.
00:18Selain daripada yang didaftarkan oleh jawatan penjara. Untuk tujuan mengesahkan bila berada di rumah, dihubungi oleh pak penjara, beliau berada
00:29di kediaman.
00:32Dan tidak boleh juga dibenarkan, tidak boleh juga menyebabkan atau mendedahkan diri dari dalam mana-mana liputan media ataupun platform
00:45media sosial.
00:45Tak boleh. Tak boleh buat sebarang kenyataan atau ulasan dalam mana-mana liputan media.
00:54Tak boleh libatkan diri dalam majlis keramaian. Jauh sekali daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik.
01:00Jadi, hal-hal ini berupa sekatan yang telah pun syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam lembaga pengampunan untuk dilaksanakan.
01:12Di sana juga ada kewajipan untuk melalui program pemulihan. Jadi, tiga itu.
01:19Jadi, saya nak sebut di sini bahawa ketika Kementerian Dalam Negeri membina syarat-syarat ini, kita kena pandang kejauh lah.
01:31Syarat ini bukan hanya dibuat atau diadakan khusus untuk sekarang ini, Dato' Si Najib.
01:37Tetapi juga sebagai persiapan hari muka kalau ada kes yang seumpamanya. Kita sebut begitu.
01:42Jadi, sebagai menjawab soalan rakan saya dari Pulai, demikian syarat-syarat yang saya sebut saya ulang.
01:53Yang pertama, syarat-syarat itu setelahpun didatangkan bersama lampiran keputusan lembaga pengampunan yang memberi pengampunan bersyarat tahanan rumah.
02:01Yang kedua, Komisional Jenderal Penjara membina syarat-syarat bagi tujuan kawalan dan seliaan arahan dan tatacara.
02:09Seperti mana yang ada kuasa mengikut akta penjara.
02:14Yang ketiga, syarat-syarat ini juga adalah melalui permintaan Dato' Si Najib. Yang itu saya belum buat keputusan.
02:21Ada permintaan syarat tambahan. Misalnya, lembaga pengampunan kata rumah ialah rumah nombor 11 Jalan Langgak Golf.
02:29Tapi, Dato' Si Najib memohon secara bertulis. Apakah boleh kita buat keputusan membenarkan satu rumah lagi?
02:37Jadi, kita buat masa sekarang, kita terikat dengan keputusan lembaga pengampunan. Rumah itu hanya satu rumah.
02:44Jadi, permintaan untuk Dato' Si Najib supaya kita masukkan dalam syarat tambahan.
02:49Yang itu, kita tak dapat penuhi hasrat itu. Terima kasih.