00:01Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilashah menasihatkan seluruh rakyat di Pahang agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan
00:10dikeluarkan pihak kerajaan dan agensi berkaitan sepanjang menghadapi musim tengkujuh.
00:16Menerusi hantaran di media sosial Kesultanan Pahang, Baginda Bertitah Rakyat perlu mengutamakan aspek selamatan diri dan keluarga khususnya ketika berhadapan
00:25keadaan cuaca tidak menentu serta risiko hujan berterusan yang boleh mengakibatkan banjir dan bencana alam lain.
00:35Baginda menyeru penduduk di kawasan rendah dan berhampiran lembangan sungai supaya mengambil langkah persediaan awal termasuk dokumen penting memastikan kenderaan
00:43diletakkan di kawasan selamat
00:44serta bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.
00:48Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat agar sentiasa peka dengan sebarang amaran cuaca dan banjir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia,
00:56MedMalaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran JPS
01:00selain sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi kerajaan.
01:04Dalam pada itu, Baginda berharap seluruh agensi pengurusan bencana, pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan sentiasa berada dalam keadaan siap
01:13-siaga serta mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
01:19Baginda juga menyeru rakyat agar mengutamakan semangat kebersamaan, saling membantu dan prihatin terhadap golongan warga emas, orang kurang upaya OKU,
01:28kanak-kanak serta mereka yang memerlukan bantuan khususnya ketika menghadapi situasi kecemasan.
01:33Sultan Pahang turut menzahirkan harapan segala langkah persediaan dan tindakan awal yang dilaksanakan dapat membantu mengurangkan risiko serta kesan bencana
01:43sekaligus memastikan keselamatan seluruh rakyat negeri Pahang sepanjang musim tengkujuh ini.
Comments