00:00Malaysia perlu mengalihkan strategi pembangunan pelancongan daripada sekadar mengejar jumlah ketibaan pelancong kepada menarik pelancong berkualiti yang berbelanja tinggi dan
00:09tinggal lebih lama di negara ini.
00:11Timbalan Presiden Malaysia International Tourism Development Association MIDDA, Datuk Azli Halim, berkata pendekatan itu penting bagi memastikan limpahan ekonomi sektor
00:21pelancongan dapat dinikmati secara lebih adil dan menyeluruh oleh masyarakat termasuk pengusaha di kawasan luar bandar.
00:30Beliau yang juga Prof. Adjang Universiti Malaysia Kelantan UMK berkata antara langkah utama ialah memperkukus segmen pelancongan berpulangan tinggi menerusi
00:38strategi pemasaran yang lebih bersasar.
00:41Pertamanya mungkin kita boleh fokuskan kepada pelancongan perbelanjaan yang tinggi seperti high yield tourism ini. Kita kena alihkan strategi pemasaran
00:49negara kita ini bukan sekadar kita mengejar sasaran kuantiti saja, kuantiti untuk menarik ramai pelancong.
00:57Tapi kita kena fokus ke arah pelancong yang berkualiti yang untuk menarik niche market ini atau pelancongan yang berkualiti ini
01:05contohnya seperti pelancongan perubatan, business event, mice, pelancongan ekowarisan ataupun ekopelancongan yang mereka ini berbelanja lebih tinggi dan tinggal lebih
01:17lama di Malaysia.
01:17Yang ini satu. Yang keduanya daripada segi pengkukuhan ekosistem digital kita lah. Sekarang ini dunia digital banyak disokong oleh platform
01:26-platform tempahan daripada luar negara.
01:30Maknanya kita kena mewujud atau membentuk satu ekosistem, platform tempahan dan aplikasi perkhidmatan tempatan bagi mengurangkan keberkantungan kita pada OTA
01:41antarabangsa.
01:43Katanya langkah itu dapat mengurangkan ketirisan ekonomi apabila sebahagian perbelanjaan pengguna melalui platform tempahan luar negara mengalir keluar daripada ekonomi
01:51tempatan.
01:52Dalam masa sama, pembangunan pelancongan berasaskan komuniti perlu diperkasakan bagi memastikan aliran pelancong untuk meliputi kaosan luar bandar dan tidak
02:00hanya tertumpu di destinasi popular.
02:02Jelasnya, perdekatan itu membolehkan pengusaha tempatan termasuk perusahaan kecil dan sederhana PKS serta pengusaha inap desa menikmati secara langsung limpahan
02:11ekonomi daripada pertubuhan sektor pelancongan negara.