Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Iran menolak dakwaan Perancis berhubung serangan siber ke atas ratusan premis peruncitan, sambil menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan memberi amaran akan melindungi kepentingan serta keselamatan negaranya.
Transcript
00:00Iran menolak dawaan Perancis bahawa negara itu terbabit dalam serangan saiber di Perancis sambil menyifatkan dawaan berkenaan sebagai tidak berasas.
00:09Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Iran menafikan sebarang pembabitan dan mengecam pendekatan Perancis yang disifatkan sebagai menuduh Teheran tanpa asas.
00:19Kementerian itu berkata Iran akan mengambil langkah yang dianggap perlu bagi melindungi kepentingan dan keselamatan negara daripada tindakan asing yang
00:27menyalahi undang-undang.
00:28Respon itu menyusul selepas Perancis mendakwa Iran melancarkan serangan saiber yang menyasarkan pengawal sistem penyejukan di lebih 700 primis peruncetan
00:37pada malam 11 hingga 12 Oktober lalu.
00:40Kementerian Luar Perancis berkata serangan itu menyebabkan kerosakan harta benda yang meluas, kebakaran serta kerugian makanan yang dianggarkan bernilai puluhan
00:47juta euro.
00:48Paris berkata pihaknya akan memanggil duta Iran dan menggesa kesatuan Eropah-EU mengenakan sekatan baru terhadap individu serta entiti Iran
00:56yang terbabit dalam serangan berkenaan.
00:58Perancis turut menyatakan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan lanjut sebagai tindak balas terhadap insiden itu.
01:05Terima kasih telah menonton!

Recommended