Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di Putrajaya atas undangan ketua setiausaha. Peletakan jawatannya berkuat kuasa pada Selasa susulan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tahanan rumah Najib Razak.
Transcript
00:00Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Lok menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan buat kali terakhir pada Rabu, sehari selepas peletakkan jawatannya berkuat
00:08kuasa.
00:09Ketibaannya di Kementerian itu di Putrajaya sekitar jam 10 pagi, disambut timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibullah, Ketua Setiausaha Kementerian,
00:17Datuk Seri M. Jana Santiran dan warga Kementerian.
00:21Lok hadir atas undangan Jana Santiran dan turut menyertai Majlis Cahaya Kasih Madani sempena di Pavali.
00:27Pada selasa, Lok mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta merta.
00:34Langkah itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki
00:41hukuman penjara bagi kes SRC International secara tahan rumah di kediamannya di Langgak Duta.
00:47Lok yang juga setiausaha agung DAP berkata peletakkan jawatan itu selaras dengan pendirian yang diumumkannya pada Jumaat lalu.
00:57Terima kasih.
00:58Terima kasih.

Recommended