00:00Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di sungai Pertak Hulu Selangor diteruskan pada
00:07Rabu dengan tumpuan di kawasan jambatan dan empangan.
00:10Penolong pengarah Operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashurul Rizal Asbah berkata, seorang warga Yemen dan dua warga India
00:18masih belum ditemukan setakat jam 8 pagi Rabu.
00:24Pasukan penyelamat menggunakan bot untuk meninjau permukaan air terutama di sektor C yang meliputi kawasan jambatan dan sektor D berhampiran
00:32empangan.
00:33Dua pasukan bomba sukarela turut digerakkan ke kedua-dua sektor itu.
00:38Unit anjing pengesan K9 dan pasukan khas operasi taktikal dan penyelamat Malaysia Storm pula memulakan pencarian dari kuala empangan sebelum
00:46bergerak ke hulu sungai bersama Malim Gunung Perhutanan Malaysia.
00:50Anggota Balai Bomber dan Penyelamat Kuala Kubu Baru serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia meneruskan pencarian di sektor A dari Latar
00:58Jebus hingga Lubuk Pertak.
01:00Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, lapan lelaki dihanyutkan arus. Lima daripada mereka ditemukan lemas pada selasa,
01:08manakala tiga lagi masih hilang.
01:10Mangsa pertama V. Vijayan, 36 tahun, ditemukan pada jam 1.30 pagi selasa berhampiran jambatan Pertak kira-kira 2.7
01:18km dari lokasi kejadian di Latar Jebus.
01:21Empat lagi mangsa ditemukan kemudian pada pagi yang sama.
01:24Tiga ditemukan di kawasan jambatan Sengit, manakala seorang lagi di kawasan jambatan Gantung.
01:30Kelima-lima mayat dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk berdah siasat.
01:33Keseluruhannya, kejadian kepala air itu membabitkan 34 individu daripada empat kumpulan.
01:39Selain lapan yang dihanyutkan arus, 26 lagi berjaya menyelamatkan diri atau diselamatkan anggota bomba.