Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Perubahan struktur perdagangan global dan dasar tarif Amerika Syarikat dilihat sebagai risiko utama kepada ekonomi dunia, ketika Malaysia terus berdepan ketidaktentuan eksport dan pelaburan meskipun asas ekonomi negara kekal kukuh.
Transcript
00:00Perubahan struktur perdagangan global khususnya berkaitan dasar tarif AS dilihat sebagai antara risiko terbesar yang perlu diberi perhatian ketika ekonomi
00:09dunia terus berdepan ketidaktentuan, antara lain konflik geopolitik dan perubahan struktur pentadbiran di AS yang turut berpotensi memberi kesan kepada
00:18pertumbuhan ekonomi global dalam tempoh terdekat.
00:23Menurut Provost Malaysia University of Science and Technology MAS Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, risiko kenaikan kos akibat konflik di
00:32rantau teluk juga tidak boleh dipandang ringan kerana impaknya dijangka lebih ketara dalam jangka panjang walaupun kesan serta-merta mungkin
00:41terhad.
00:41Di peringkat domestik, asas ekonomi Malaysia masih kekal kukuh dengan prestasi ekspor yang memberangsangkan pada awal tahun, didorong terutamanya oleh
00:51sektor elektrik dan elektronik ENE yang terus menjadi penyumbang utama kepada perdagangan negara.
00:57Bagaimanapun, prospek ekspor masih berdepan cabaran memandangkan industri semikonduk tertepatan beroperasi dengan margin yang agak rendah selain pergantungan kepada ekspor
01:06komoditi dan produk berkaitan petrolium.
01:09Menurutnya, ekonomi Malaysia perlu bersikap lebih proaktif daripada bertahan.
01:15Kita berharap bahawa perubahan yang berlaku di Amerika telah meredakan sedikit kerisauan dan risiko keperubahan struktur tarikh di masa akan
01:29terdekat ini.
01:30Walaupun begitu, kita perlu melihat bahawa ekonomi Malaysia masih kukuh dan cuma ekonomi Malaysia perlu bersikap lebih proaktif daripada bertahan.
01:44Beliau menegaskan pelaburan turut bergerak secara lebih berhati-hati apabila pelabur jangka panjang masih menunggu kepastian mengenai dasar perdagangan antarabangsa
01:54dan halatuju pentadbiran Amerika Syarikat.
01:57Keadaan itu katanya dijangka terus menyumbang kepada ketidaktentuan dalam persekitaran ekonomi global dan domestik sekaligus memerlukan Malaysia mengambil pendekatan lebih
02:06proaktif bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi.
02:09Terima kasih telah menonton!

Recommended