Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Hujan lebat berterusan menyebabkan air naik kira-kira tiga kaki di beberapa rumah di Kampung Sethu, Sungai Bakap. Kesemua 16 mangsa diselamatkan, manakala banjir kilat berasingan di Taman Jawi Jaya tidak membabitkan mangsa.
Transcript
00:00Seramai 16 orang daripada 3 keluarga termasuk 6 kanak-kanak diselamatkan bomba selepas terperangkap di rumah masing-masing dalam banjir
00:08kilat di kampung Setu, Sungai Bakar, Pulau Pinang awal pagi Rabu.
00:12Penolong pengarah bahagian operasi bomba dan penyelamat JEPPM Pulau Pinang, John Stagun Francis berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air naik
00:19sehingga kira-kira 3 kaki di beberapa rumah.
00:246 anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Sungai Bakar dikerahkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 12.40
00:33tengah malam.
00:34Kesemua mangsa terdiri daripada 10 dewasa dan 6 kanak-kanak diserahkan kepada waris di lokasi.
00:40Operasi ditamatkan pada jam 2.30 pagi selepas air beransur surut dan keadaan disahkan selamat.
00:46Dalam kejadian berasingan di Taman Jawi Jaya, Sungai Jawi, malam selasa air naik kira-kira satu kaki susulan hujan lebat
00:53dan peningkatan parasungai berhampiran.
00:566 anggota bomba dikerahkan untuk memantau keadaan namun tiada mangsa terlibat.
01:01Di kampung Cangkat, Sungai Jawi, sebatang pokok tumbang mehempap sebahagian garaj dan sebuah kereta.
01:078 anggota bomba dikerahkan untuk memotong dan membersihkan pokok itu dan tiada mangsa dilaporkan serta operasi tamat pada jam 3
01:15.35 pagi.

Recommended