00:00Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Kelantan mempertimbangkan untuk melanjutkan syif bertugas anggota sehingga 48 jam sekiranya berlaku banjir besar pada
00:10musim monsoon Timur Laut 2026-2027.
00:13Pengarahnya Farhan Sufian Burhan berkata, perubahan daripada syif 12 jam kepada 24 atau 48 jam itu bergantung kepada keperluan operasi
00:22dan situasi semasa bencana.
00:25Ketika ini, anggota bertugas mengikut syif 12 jam melibatkan tiga pasukan bagi memastikan operasi balai berjalan secara berterusan.
00:34Beliau berkata, cuti anggota juga boleh dikawal atau dibekukan bagi memastikan kekuatan tenaga kerja mencukupi khususnya untuk operasi menyelamat.
00:43Bagaimanapun, Farhan Sufian menegaskan pertambahan anggota perlu disokong aset yang bersesuaian termasuk bot, lori dan kenderaan pacuan empat roda.
00:51Dalam masa sama, JBPM Kelantan telah mengenalpasti golongan rentan di kawasan berisiko banjir bagi memudahkan perancangan operasi dan pemindahan.
01:00Mereka termasuk warga emas, orang kurang upaya dan pesakit terlantar dengan penyelarasan dilaksanakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesehatan
01:09melalui Jabatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri.
01:12Terdahulu, MED Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan sembilan jajahan di Kelantan hingga Rabu.
01:19Kawasan terlibat ialah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Baru, Macang, Bacuk, Pasir Putih, Kuala Kerai dan Jeli.
01:27Jabatan Pengairan dan Seleran turut memaklumkan sembilan jajahan berkenaan berpotensi dilanda banjir dalam tempoh sama.
01:34Terima kasih telah menonton!
01:36Terima kasih telah menonton!