00:00Iran percaya keputusan pilihan raya pertengah penggal Amerika Syarikat sebagai faktor yang menyebabkan usaha pengantaran diplomatik antara Teheran dan Washington
00:07terhenti sementara.
00:09Menurut Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, pihaknya kini menunggu keadaan kembali stabil sebelum usaha rundingan bagi meredakan krisis di rantau
00:16itu dapat disambung semula.
00:18Menurutnya, tiada sebarang mesej diterima daripada pihak pengantara dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan keputusan pilihan raya yang disifatkan mengejutkan
00:27semua pihak.
00:27Beliau berkata proses itu memerlukan sedikit masa sebelum pihak pengantara kembali meneruskan lawatan dan usaha diplomatik antara kedua-dua negara.
00:36Untuk rekod, Parti Demokrat berjaya menguasai majoriti di kedua-dua Dewan Senat dan Dewan Perwakilan dalam pilihan raya selasa lalu
00:43sekaligus menjadi tamparan politik kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.