Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berpandangan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar perlu bertindak secara adil dan bebas daripada sebarang pengaruh politik susulan penangguhan sementara pelaksanaan tahanan di rumah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mokta perlu bertindak secara adil dan bebas daripada sebarang pengaruh politik, susulan penangguhan sementara
00:09pelaksanaan tahanan di rumah melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Muhammad Solehin Muhammad Taji
00:19berpandangan,
00:20Peguam Negara sepatutnya menjalankan tanggungjawab berdasarkan prinsip undang-undang serta menghormati titah yang dipertuan agung berhubung perkara itu.
00:50Beliau ditemui ketika hadir membantu kempen calon barisan nasional bagi Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid di
00:57Alur Gajah pada Jumaat.
00:59Mengulas lanjut, Muhammad Solehin turut mempersoalkan tindakan itu yang dibuat selepas pembayaran denda RM50 juta.
01:06Katanya tempoh kira-kira tujuh minggu sebelum pembayaran denda dibuat sepatutnya mencukupi untuk pihak berkaitan meneliti implikasinya.
01:14Dalam pada itu, beliau merujuk kenyataan Istana Negara yang menurutnya memperjelas keperluan pelaksanaan tahanan di rumah disegerakan selaras dengan titah
01:23yang dipertuan agung.
01:24Mengulas sama ada isu itu akan mempengaruhi kempen BN pada PRN Melaka, Muhammad Solehin berpandangan ia berpotensi memberikan suntikan semangat
01:33lebih besar kepada jentera UMNO dan BN.
01:35Bagaimanapun, menurut Muhammad Solehin, BN kekal optimis dengan momentum kempen di Melaka dan yakin gabungan itu mampu memperoleh sokongan pengundi
01:45pada 14 November ini.

Recommended