Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
RUU Jenayah Siber 2026 membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap penjenayah siber luar negara yang menyasarkan Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penjenayah saiber yang beroperasi di luar negara boleh didakwa mengikut Undang-Undang Malaysia sekiranya jenayah yang dilakukan memabitkan sistem di
00:08Malaysia atau mangsanya merupakan warga negara Malaysia.
00:12Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi berkata, peruntukan itu termasuk di bawah fasal 2 rang Undang-Undang
00:18Jenayah Saiber 2026 yang membolehkan tindakan diambil terhadap pelaku di luar negara seolah-olah kesalahan tersebut dilakukan di Malaysia.
00:28Menurutnya, kerajaan akan menggunakan mekanisme kerjasama antarabangsa sedia ada bagi memastikan penjenayah saiber dapat disiasat, didakwa dan di ekstradisi ke
00:37Malaysia sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
00:39Ahmad Zaid berkata, RUU itu digubal bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 dan menangani jurang perundangan berkaitan jenayah saiber rentas
00:48sempadan serta penyalahgunaan teknologi kecedasan buatan atau AI.
00:52Tambahnya, fasal 23 RUU berkenaan turut memperluas skop kesalahan penyamaran menggunakan sistem komputer bagi menangani ancaman deepfake yang semakin kompleks.
01:03Jelasnya, undang-undang sedia ada tidak lagi mencukupi untuk menangani video, image dan suara palsu yang dihasilkan melalui teknologi deepfake
01:11bagi tujuan penipuan dan memperdayakan orang ramai.
01:14Dalam usaha mempercepatkan tindakan terhadap sindikat jenayah saiber, RUU itu juga memperuntukkan kuasa penyiasatan meliputi pemeliharaan data, penzahiran data, pengumpulan
01:25data trafik dan pemintasan komunikasi.
01:28Katanya, kuasa berkenaan penting kerana bukti digital mudah dipadam, diubah suai atau dipindahkan dalam tempoh yang singkat.
01:35Ahmad Zahid menjawab soalan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Syamsul Kahar Muhammad Deli menerusi jawapan bertulis, Syamsul Kahar ingin tahu sama
01:43ada kerangka perundangan sedia ada berkaitan jenayah saiber, memadai menangani penipuan dalam talian berasaskan kecerdasan buatan AI termasuk penyamaran identiti,
01:53deepfake dan manipulasi digital serta apakah peruntukan khusus yang diperkukuh bagi mempercepat tindakan terhadap sindikat dan melindungi mangsa.

Recommended