Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Analisis awal terhadap 43 sampel petrol RON95 yang diuji Jabatan Kimia Malaysia mendapati kandungan air dalam semua sampel berkenaan kurang daripada 0.05 peratus, iaitu di bawah had pengesanan minimum.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Analisis awal terhadap 43 sampel petrol RON95 yang diuji Jabatan Kimia mendapati kandungan air berada pada bawah had pengesanan minimum.
00:10Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup Dato' Arimizan Muhammad Ali berkata,
00:15sampel berkenaan adalah sebahagian daripada 262 sampel petrol RON95 susunan aduan pengguna berhubung dawaan pencemaran bahan api itu sehingga menyebabkan
00:24kerosakan enjin kenderaan.
00:25Laporan awal dengan izin preliminary report bertarik 29 Oktober 2026 melibatkan 43 sampel telah diterima daripada Jabatan Kimia.
00:38Menurut laporan awal tersebut, keputusan analisis bagi kesemua 43 sampel menunjukkan kandungan air dalam sampel petrol adalah kurang daripada 0
00:50.05%
00:51yang bermaksud kandungan air adalah di bawah had pengesanan minimum nilai yang dapat dilaporkan.
01:00Daki sampel yang lain masih dalam proses analisis dan laporan penuh akan dikeluarkan selepas semua sampel selesai dianalisis oleh Jabatan
01:09Kimia.
01:10Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PN Kuala Kerai Abdul Latif Abdul Rahman di Dewan Rakyat berhubung keputusan
01:17analisis sampel petrol RON95
01:20setelah langkah kerajaan menangani isu berkenaan dan pampasan kepada pengguna terjejas.
01:25Jelas Armizan memandangkan analisis bagi keseluruhan jenis benda singk memerlukan masa.
01:30Tumpuan awal diberikan kepada pengujian parameter pengesanan air.
01:34Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu kementeriannya turut mengadakan sesi libat urus dengan syarikat minyak Petron dan Chevron jenama Caltex pada
01:429 dan 21 Oktober lalu
01:44bagi mengenalpasti punca isu pencemaran kualiti bahan api berkenaan.
01:49Kedua syarikat minyak itu turut menghantar sampel petrol RON95 dari stesen yang terbabit dalam aduan ke makmal masing-masing termasuk
01:57di luar negara
01:58untuk tujuan pengujian. Sementara siasatan masih berlangsung, Petron dan Caltex juga mula melaksanakan tindakan sesulan bagi menangani aduan kerosakan kenderaan
02:08yang disahkan benar.
02:09Armizan turut memaklumkan kedua syarikat berkenaan merangka program pemulihan pelanggan menerusi pembayaran secara ihsan
02:16berdasarkan kriteria ditetapkan tanpa sebarang pengakuan terhadap kesalahan atau liabiliti.
02:22Bayaran itu akan diberikan kepada pelanggan yang mengemukakan aduan lengkap berserta dokumen sokongan yang sah.
02:28Beliau menegaskan walaupun isu berkenaan hanya membabitkan stesen minyak tertentu,
02:33Kementerian mengambil serius perkara itu dan akan memastikan siasatan terperinci dilaksanakan
02:37merangkumi keseluruhan rantaian bekalan bahan api.

Recommended