Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sebanyak 28 keluarga mangsa tragedi banjir di sempadan Nepal–Tibet layak menerima faedah PERKESO selepas semakan rekod caruman 54 mangsa. Keluarga mangsa tanpa rekod caruman pula akan dibantu mendapatkan bantuan lain menerusi Program Social Synergy.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 28 keluarga mangsa tragedi banjir di sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu layak menerima faedah pertubuhan keselamatan sosial
00:09perkeso.
00:10Menteri Sumber Manusia Dato' Sri A. Ramanan berkata, kelayakan itu ditentukan selepas perkeso menyemak rekod caruman 54 mangsa tragedi berkenaan.
00:21Menurutnya, susulan mesyuarat jemaah menteri lalu, Perdana Menteri mengarahkan unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ICU JPM dan Menteri Keuangan
00:30II, Dato' Sri Amir Hamzah Azizan, supaya menyelaras bantuan kepada mangsa.
00:35Memang bantuan itu sedang diuruskan oleh ICU, tetapi bawah perkeso, hari ini kita akan berikan bantuan kepada 28 mangsa yang
00:49layak yang hadir pada hari ini, yang ada di sini adalah 16 waris dan kita akan berikan sebanyak 174 ribu
01:00hari ini sahaja.
01:01Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis penyerahan faedah perkeso kepada mangsa bencana banjir Nepal di Menara Perkeso, Kuala
01:09Lumpur pada Rabu.
01:11Waris yang layak menerima RM3,000 sebagai bantuan keuangan segera, turut layak menerima pencin penakat di bawah skim keilatan sebaik
01:18dokumen berkaitan dilengkapkan.
01:21Dalam pada itu, katanya perkeso akan membantu keluarga mangsa yang tiada rekod caruman mendapatkan bantuan menerusi rakan strategiknya.
01:29Bagi mangsa yang tidak mempunyai rekod caruman perkeso, jangan rasa anda dilupakan.
01:34Kami tetap prihatin dan mengambil berat tentang nasib keluarga anda.
01:39Melalui program Social Synergy, perkeso akan membantu menghubungkan keluarga yang terjejas dengan 990 rakan strategik,
01:49termasuk 130 agensi di seluruh negara bagi mengenal pasti bantuan yang lain yang bersesuaian untuk membantu meringankan beban mereka.
02:00Beliau turut menyeru waris yang belum dihubungi supaya tampil ke pejabat perkeso berhampiran untuk mendapatkan bantuan lanjut.
02:07Terima kasih telah menonton!

Recommended