Skip to playerSkip to main content
Berbekalkan minat, kesedaran terhadap sejarah, Samsuddin Khalil, membina Balai Anjung Warisan Naning, sebuah ruang yang menghimpunkan pelbagai koleksi lama, artifak dan peninggalan tradisi masyarakat setempat.
#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, 10 hari lagi Melaka memilih dan secara tentu kami di SRAWANI akan terus membawakan kepada anda segala perkembangan setiap
00:06hari berkenaan dengan sentimen dan juga hala tuju pola pengundian rakyat yang dapat kita lihat sedikit atau peratuntun.
00:14Tetapi, di sebalik arus perubahan zaman dan juga derap pembangunan di Melaka yang semakin pesat, tercatat sejarah berharga di bumi
00:22tabuh naning.
00:23Di situ, kecintaan terhadap warisan lama menyemarakkan usaha seorang anak jati untuk mengumpul kembali barangan-barangan lama.
00:30Bagi Samsudin Khalil, berusia 59 tahun, Kazanah merakam jejak asal-usul, identiti dan perjalanan sejarah sebuah bangsa.
00:40Adat dan berjenjang naik bertangga turun. Ia membawa maksud setiap peringkat kepimpinan berakar dari komuniti secara bertahap dan penuh hormat.
00:53Dan hari ini, kita jarang mendengar apa jadi dengan naning, adat dan warisannya.
00:59Di sebalik kesamaran itu, ada individu yang mahu warisan ini tidak ditelan zaman.
01:09Berbekalkan minat, Samsudin mengambil inisiatif membina ruangan khas.
01:14Ruang tersebut menghimpunkan pelbagai koleksi lama, artifak dan peninggalan tradisi masyarakat setempat.
01:20Bagi Samsudin, usaha itu bukan sekadar mengumpul barang inti, tetapi tanggungjawab memastikan warisan ditabuh naning dipelihara.
01:30Usaha mengumpul barangan itu telah bermula kira-kira 10 tahun yang lalu.
01:35Ada dari pasar karat, kenalan serta sumbangan individu yang tertarik dengan minatnya terhadap sejarah Nusantara.
01:42Dan ngumpul senyata-senyata yang ada yang orang serah.
01:49Ada yang saya terpaksa mencari daripada mana pun tak kira daripada Indonesia ke tanah Melayu kita sendiri
01:59untuk kita memegang supaya warisan sejarah itu tidak hilang.
02:14Antara koleksi yang disimpan ialah hampir 100 bilah senjata lama termasuk keris, tombak, lembing, panah dan pedang.
02:23Selain dulang lama, barangan kesenian, cokmah yang dipercayai berusia lebih 50 tahun serta aksesori.
02:31Ada daripada koleksi berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka didakwa berusia hampir 500 tahun.
02:40Namun dia mengakui penentuan usia dan asal-usul sebenar sesuatu artifak memerlukan penelitian pakar.
02:47Kalau barang-barang itu, kebanyakan senyata lah. Senyata seperti keris, tombak-tombak, lembing-lebing yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dulu
02:57untuk menentang Inggeris.
03:08Malah, kawasan tabuh Naning turut menyimpan banyak tapak perkuburan lama yang dikaitkan dengan tokoh dan pemimpin terdahulu.
03:15Dakwa Samsudin, terdapat lebih 25 kawasan perkuburan lama termasuk makam Dato' Dul Said.
03:23Dan yang makam-makam lain banyak yang terbiar. Di dalam hutan tidak diusiaikan termasuk makam batu-batu megelet, batu acik.
03:34Samsudin berharap potensi pelancongan warisan di tabuh Naning dapat dikembangkan.
03:39Dia juga berharap siapa sahaja diberikan mandat di don tabuh Naning pada pilihan raya negeri Melaka
03:45beri perhatian terhadap usaha pemuliharaan sejarah.
03:49Ini bagi memastikan warisan terus hidup sebagai legasi dan rujukan generasi akan datang.
03:56Laporan Hasimi Muhammad dan Juri Kamera Ebi Uza Ebi Latif, Estro Awani

Recommended