Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Perancangan dan pembangunan bandar tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya perlu mengutamakan nilai kemanusiaan dan kebajikan rakyat selaras dengan gagasan Malaysia Madani.
Transcript
00:00Perancangan dan pembangunan bandar tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal semata-mata.
00:06Sebaliknya perlu mengutamakan nilai kemanusiaan dan kebajikan rakyat, selaras dengan gagasan Malaysia Madani.
00:13Dan Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan bandar perlu dilihat sebagai usaha untuk membangunkan insan
00:19serta memperkukuh nilai, akhlak dan kesejahteraan masyarakat.
00:24Menurut beliau, kecekapan dan prestasi Madlis Bandar Raya Petaling Jaya MBPJ boleh dijadikan contoh dalam menambah baik perancangan perbandaran yang
00:34lebih meneluruh serta berteraskan rakyat.
00:37Ini mana kota, kesucian kota, pembangunan kota, kemanusiaan yang memikirkan masyarakat sekitarnya termasuk golongan miskin dan fukarab di dalamnya.
00:51Intisari ini penting kerana kita yang diamanahkan kadang-kadang kerja datang, kerja pula.
00:57Kita lupa bahawa sebenarnya pembangunan kota itu pembangunan insan, pembangunan manusia, pembangunan yang membantu menegurkan iman dan akhlak kita.
01:11Jadi prinsip kemanusiaan harus ada.
01:15Beliau menjadikan isu banjir sebagai contoh yang sering memberi kesan paling besar kepada penduduk berpendapatan rendah terutama di kawasan pinggir
01:24bandar.
01:24Katanya kerajaan akan terus memberi perhatian kepada penyelesaian masalah rakyat termasuk melaksanakan projek terbatas banjir tanpa dipengaruhi perbezaan politik.
01:37Banjir Kilat melanda beberapa kawasan di Shah Alam sesulan hujan debat berterusan awal pagi tadi menyebabkan jalan ditenggelami air dan
01:45pergerakan trafik terganggu.
01:47Antara lokasi yang dilaporkan terjejas menerusi perkongsian pengguna threats ialah Seksyen 13 Setia Alam dan Seksyen 22.
01:55Dan dalam kemas kini menerusi akaun X Plus Trafik, Plus Malaysia memaklumkan laluan dari Lemboh Raya Koridor Guthrie menuju ke
02:03Plaza Tol Shah Alam ditutup akibat banjir kilat.
02:07Pengguna dinyasihatkan menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan kawasan yang terjejas.
02:12Terima kasih kerana menonton!

Recommended