Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Tiga angkasawan NASA di ISS mengundi secara elektronik dari orbit menerusi rangkaian komunikasi NASA, membolehkan kertas undi dihantar dengan selamat kepada pegawai pilihan raya di Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Ketika jutaan rakyat Amerika Syarikat keluar mengundi dalam pilihan raya pertengah penggal negara itu,
00:07tiga angkasawan di stesen angkasa antarabangsa ISS turut menunaikan tanggungjawab mengundi dari angkasa.
00:13Ratusan batu dari permukaan bumi, angkasawan petabiran aeronautik dan angkasa kebangsaan NASA Anil Menon
00:20berkongsi pengalaman itu menerusi satu video di platform media sosial
00:25sambil berkata beliau dan rakan-rakan kru warga Amerika berpeluang mengundi dari orbit sama seperti pengundi di bumi.
00:32Kau sini lagi ketiga-tiga anggota kru Amerika mendapat keistimewaan untuk mengundi dari stesen angkasa lepas.
00:38Menon bersama dua lagi angkasawan Jessica Watkins dan Luke Delaney mengisi kertas undi elektronik
00:45sebelum menghantarnya dengan selamat kepada pegawai pilihan raya di Amerika.
00:49Proses pengundian itu bergantung kepada rangkaian komunikasi NASA.
00:53Kertas undi dihantar dari stesen angkasa ke kemudahan di bumi
00:58sebelum disalurkan kepada pejabat pilihan raya daerah yang berkaitan.

Recommended