00:00Iran menyatakan kesediaan membuka semula selat hormus dalam tempoh dua hari.
00:05Sekiranya Amerika Syarikat bersetuju memenuhi tuntutan Tehran.
00:09Jurucakap Kementerian Luar Iran Ismail Barai berkata,
00:12pembukaan laluan strategik itu bergantung kepada persetujuan terhadap pelan tujuh perkara
00:18yang dikemukakan Tehran serta penarikan sekatan laut Amerika Syarikat.
00:24Menurutnya Iran kini menyusun semula pelan tujuh perkara itu
00:28supaya semua tuntutan berkenaan boleh dilaksanakan dalam tempoh dua hari.
00:32Beliau menegaskan keselamatan di selat hormus hanya dapat dipulihkan jika tuntutan Iran dipenuhi.
00:39Bagaimanapun Tehran menegaskan tiada persetujuan muktamad dapat dicapai
00:44selagi sekatan laut Amerika Syarikat masih berkuat kuasa.
00:48Gangguan terhadap laluan strategik itu menjadi tekanan utama Iran dalam konflik ini
00:54dan kesannya menambah tekanan politik terhadap Presiden Donald Trump
00:59dan parti Republikan menjelang pilihan raya pertengahan penggal Kongres Amerika Syarikat.