Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kementerian Pendidikan (KPM) mempergiat persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) menerusi pelaksanaan Operasi Payung bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan selesa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan KPM mempergiat persiapan menghadapi monsoon Timur Laut MTL menerusi pelaksanaan operasi payung
00:09bagi memastikan calon sijil pelajaran Malaysia SPM di kawasan berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan selesa.
00:18Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Operasi Sekolah, Datuk Zainal Abbas berkata,
00:22operasi berkenaan dilaksanakan setiap tahun itu bagi membantu calon SPM khususnya di kawasan terjejas banjir.
00:30Sambil memberi contoh di Terengganu, calon yang tinggal di kawasan pulau akan dibawa ke tanah besar dan ditempatkan di sekolah
00:37berasrama penuh.
00:38Katanya langkah itu bagi memastikan pelajar tidak perlu merentas laut bergelora ketika musim tengkujuh untuk sampai ke pusat peperiksaan.
00:46Selain guru yang menjadi petugas peperiksaan juga dapat menjalankan tanggungjawab lebih kondusif.
00:51Sementara itu, Zainal berkata KPM turut menyelaraskan persiapan bersama NADMA, peringkat negeri dan daerah serta agensi berkaitan.
01:00Ia bagi membantu kawasan yang berisiko terjejas banjir, terutama membabitkan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara, PPS.
01:08Perperiksaan bertulis SPM 2026 di jadual berlangsung pada 23 November hingga 17 Disember ini.
01:15Manakala MTL yang telah bermula pada 27 Oktober lepas, dijangka berterusan hingga Mac 2027.
01:22Terima kasih telah menonton!

Recommended