Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Singapura menyiasat 45 syarikat yang terlibat dalam operasi di Lapangan Terbang Changi kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Penggajian Tenaga Kerja Asing 1990 (EFMA).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Singapura menyiasat 45 syarikat yang terlibat dalam operasi di lapangan terbang Changi kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Penggajian
00:09Tenaga Kerja Asing 1990.
00:11Dalam penyataan, Kementerian Tenaga Manusia MOM berkata, kesalahan itu termasuk membuat pengisytiharan palsu dan menempatkan pekerja asing secara tidak sah.
00:22Kementerian itu memaklumkan pemeriksaan baru-baru ini di lapangan terbang berkenaan mendapati pemegang pas pekerjaan EP ditugaskan menjalankan kerja pengendalian
00:32bagasi.
00:33Siasatan awal menunjukkan maklumat gaji dan jenis pekerjaan yang diisytiharkan kepada MOM bagi pemegang EP berkenaan adalah palsu.
00:42Manakala pemegang pas kerja lain juga didapati menjalankan tugas pengendalian bagasi yang berbeza daripada pekerjaan yang diisytiharkan.
00:49Kementerian itu memaklumkan, siasatan mengenalpasti kira-kira 270 pekerja yang penempatan tugas mereka mungkin tidak mematuhi peraturan pas kerja.
00:58Kesemua pekerja itu digajikan oleh kontraktor dan subkontraktor SETS.
01:02SETS ialah syarikat perpangkalan di Singapura yang menyediakan perkhidmatan pengendalian kargo udara dan catering penerbangan serta beroperasi di lapangan terbang
01:11cangi.
Comments

Recommended