00:00Langkah kerajaan dalam memperketat kawalan keselamatan serta menangani kelemahan koordinasi antara agensi penguatkuasaan, isu projek sakit dan gaji progresif menjadi
00:10antara tumpuan di sidang Dewan Rakyat hari ini.
00:13Menurut aturan mesyuarat, pertanyaan itu terkandung pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri MQT yang bermula pada jam 10 pagi.
00:22Pada sesi itu, Ahli Parlimen Araw, Datuk Seri Syahidan Kasim meminta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan dalam memperhebatkan kawalan keselamatan
00:30dan menangani kelemahan koordinasi antara agensi penguatkuasaan negara.
00:35Ini susulan peningkatan kes penyeludupan dadah dan barangan telarang melalui pintu sepadan negara, khususnya di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur
00:43KLIA dan lapangan terbang Subang.
00:45Datuk Jonathan Yassin, Ahli Parlimen Ranau pula meminta Perdana Menteri menyatakan mengenai projek Transabah Gas Pipeline TSGP dan MPP yang
00:55telah dibayar 88% atau dengan nilai 8.3 bilion ringgit walaupun kemajuan kerja hanya 13% dilaksanakan.
01:05Beliau bertanyakan apakah langkah-langkah kerajaan untuk mendapatkan semula wang yang telah dibayar sedangkan kerja belum disiapkan.
01:12Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri SH Muhammad Puzi Ali pula meminta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah dan nilai
01:20projek yang dikategorikan sebagai projek sakit, termasuk punca utama kelewatan dan tindakan yang dikenakan terhadap kontraktor yang terlibat.
01:28Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, Ahli Parlimen Langkawi pula meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan status keberkesanan pelaksanaan dasar gaji progresif, liputan
01:38pelindungan sosial bagi pekerja sektor tidak formal atau gig ekonomi dan langkah bagi merapatkan jurang kecekapan tenaga kerja tempatan mendepani
01:46arus teknologi kecerdasan buatan AI.
01:49Persidangan Dewa Rakyat berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember ini.
01:54Terima kasih telah menonton!