00:00Lebih 500 rumah terjejas akibat banjir selepas hujan lebat melanda beberapa kawasan sekitar Sungai Buloh Selangor semalam, khususnya di Kampung
00:08Melayu Subang.
00:09Ahli Parlimen Sungai Buloh, Dato' Sri R. Ramanan berkata, mangsa yang terjejas kini ditempatkan di Pusat Pemidahan Sementara atau PPS
00:15yang dibuka di Dewan Siantan Kampung Melayu Subang.
00:21Menurut beliau, Pusat Hikmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh bersama Sukarelawan sedang bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan bagi membantu mangsa
00:29yang terkesan.
00:30Antara agensi yang terlibat termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Majlis Bandaraya Sya'alam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
00:38Ramanan berkata, pemantauan berterusan turut dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
00:46Menurut beliau, semua pihak kini memberi tumpuan kepada aspek keselamatan, kebajikan dan keperluan asas penduduk yang terkesan.
00:53Beliau turut menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa khususnya mereka yang tinggal
01:01di kawasan berisiko banjir.
01:03PPS di Dewan Siantan akan terus beroperasi sehingga keadaan kembali pulih dan semua mangsa dapat kembali ke kediaman masing-masing
01:10dengan selamat.
Comments