Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
IRGC mendakwa tiga kapal tangki minyak meletup dan terbakar selepas terkena periuk api di laluan selatan Selat Hormuz.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tentera Laut Korp Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa tiga kapal tangki minyak meletup dan terbakar selepas terkena periuk api
00:08laut di Selat Hormuz.
00:09Dalam kenyataan pada Khamis, IRGC mendakwa kejadian berlaku dalam tempoh 24 jam ketika kapal berkenaan cuba melalui laluan selatan yang
00:18tidak dibenarkannya.
00:21Kenyataan yang disiarkan menerusi Sepah News itu menyebut ketiga-tiga kapal ditinggalkan di luar pesisir selatan selat berkenaan.
00:29IRGC turut mendakwa kapal terbabit mematikan semua sistem radar dan navigasi serta mengabaikan amarannya ketika cuba keluar dari selat itu.
00:38Pasukan berkenaan memberi amaran bahawa laluan tersebut telah dipasang periuk api dan pemilik serta anak kapal perlu menanggung akibat sekiranya
00:45menggunakannya.
00:46IRGC juga memberi amaran akan bertindak tegas terhadap sebarang tindakan yang disifatkannya sebagai provokasi dengan sokongan tentera Amerika Syarikat.
00:54Iran memperketat kawalan di selat Hormuz sejak 28 Februari sesulan serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas wilayahnya.

Recommended