00:00Bertemu kembali, Sabtu ini bermula kehangatan suhu pilihan raya negeri PRN Melaka dengan proses penamaan calon akan berlangsung di 28
00:09pusat penamaan dalam tempoh sejam.
00:11Menurut Setiusa Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Dato' Khairul Syahril Idros, kertas penamaan calon perlu dikemukakan kepada pegawai pengurus pilihan raya
00:19di 28 pusat penamaan calon dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.
00:25Beliau berkata kertas penamaan calon boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana individu yang dibenarkan mengikut peraturan
00:33yang ditetapkan.
00:34SPR turut menasihatkan semua bakal calon agar membuat semakan awal borang penamaan calon dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat pilihan
00:42raya negeri Melaka sebelum hari penamaan calon.
00:44Menurut SPR, pembayaran deposit juga digalakkan dibuat lebih awal dan risid pembayaran hendaklah dibawa sebagai bukti semasa hari penamaan calon.
00:53Bagi calon yang mewakili parti politik, mereka perlu mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti ketika menyerahkan kertas penamaan calon.
01:02Dalam pada itu, SPR turut mengingatkan bahawa semua calon dan parti politik perlu mematuhi akta kesalahan pilihan raya 1954 serta
01:11segala arahan yang dikeluarkan oleh SPR, pihak berkuasa tempatan PBT dan Polis Diraja Malaysia PDRM.