Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan asas kecerdasan buatan dalam mata pelajaran Teknologi Digital mulai 2027. Lebih 329,000 guru telah menerima latihan, manakala 1.5 juta murid didedahkan kepada STEM, robotik dan inovasi digital.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 300,000 orang guru telah menerima latihan pengukuhan asas kecedasan buatan AI, kemudahan digital serta pembangunan bakat murid dalam
00:08bidang teknologi.
00:09Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq berkata, ini bagi memastikan para guru tidak dibiarkan menghadapi perubahan teknologi tanpa persediaan yang mencukupi.
00:19Tambahnya, seramai 1.5 juta orang murid juga telah diberikan perdedahan mengenai asas kecedasan buatan AI.
00:26Guru juga kita tidak boleh dibiarkan menghadapi perubahan ini tanpa persediaan Tuan dan Pertua.
00:33Jadi sebab itu, guru ketika ini kita sudah pun selesai dalam konteks memastikan bahawa latihan diberikan kepada mereka telah melibatkan
00:43329,414 orang guru, manakala murid telah pun mencecah 1.5 juta.
00:50Jadi, pendedahan ini penting kerana anak-anak diberikan pendedahan melalui STEM, pengatur caraan, robotik dan juga inovasi digital.
01:00Jadi kita juga melihat bahawa mereka bukan hanya mahu kita lihat menggunakan ciptaan orang lain tetapi berani menghasilkan sesuatu ilmu
01:08yang mereka miliki.
01:09Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Merbuk, Mohd Nazri Abu Hassan yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan Kementerian Pendidikan untuk
01:17mengintegrasikan literasi kecedasan buatan AI dalam silibu sekolah melalui panduan literasi AI.
01:22Ia termasuk latihan guru, penyediaan kemudahan digital dan pembangunan bakat muda bagi memastikan murid bersedia menghadapi cabaran teknologi serta keperluan
01:30pekerjaan masa hadapan.
01:32Fadlina berkata, menerusi kurikulum persekolahan 2027, asas AI akan diperkenalkan dalam mata pelajaran teknologi digital di sekolah rendah.
01:40Element tersebut kemudiannya akan diperkukuhkan menerusi mata pelajaran berkaitan di sekolah menengah.
01:45KPM berharap langkah itu dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi, malah mampu memanfaatkan AI secara beretika dan bertanggungjawab
01:53untuk masa depan negara.

Recommended