Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pakar menegaskan keselamatan siber memerlukan kerjasama kerajaan, sektor swasta dan pengguna bagi menangani ancaman seperti kebocoran data, penipuan dalam talian serta serangan perisian tebusan yang semakin kompleks.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Isu keselamatan saiber memerlukan tanggungjawab bersama melibatkan pihak kerajaan, sektor swasta dan pengguna bagi memastikan ekosistem digital yang lebih selamat
00:09dan berdaya tahan.
00:11Presiden Persatuan Pengguna Saiber Malaysia MCCA Mohd Sirajuddin Jalil berpendapat, setiap pihak mempunyai peranan tersendiri dalam menangani ancaman saiber yang
00:19semakin kompleks.
00:22Menurut Siraj, kerajaan bertanggungjawab menyediakan rangka kerja perundangan dan dasar yang kukuh, manakala syarikat serta penyedia perkhidmatan perlu memastikan sistem
00:31keselamatan mereka sentiasa diperkukuh dan mematuhi keperluan kawal selia.
00:36Tambah beliau, penyedia perkhidmatan juga perlu memaklumkan kepada pengguna sekiranya berlaku insiden kebocoran data selain menjelaskan langkah-langkah yang perlu
00:44diambil bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan maklumat peribadi.
00:48Ada penyedia perkhidmatan, contoh tadi Bapak-Bapak cakap, dia kena maklumkan kalau ada serangan saiber yang boleh mengakibatkan masalah kepada
00:57pengguna disebabkan perkhidmatan dia digodam sebagai contoh.
01:00Dia kena maklumkan benda yang transparent tetapi selepas dia ada perisytiharan bersama dengan pemakluman kepada pihak kerajaan.
01:09Kita ada National Cyber Security Agency sebagai contoh, kita ada Jabatan Perkhidmatan Data Peribadi sebagai contoh.
01:15Ada prosedur tata cara yang mana syarikat-syarikat ini penyedia perkhidmatan perlu ikut patuh dan kita ada atas-atas tertentu
01:23yang menyelia perkara ini.
01:25Dan fungsi atau pemperanan penyedia perkhidmatan perlu pemakluman kepada pengguna supaya dia catnah bahawa datanya bocor.
01:34Tukarlah password sebab kita ID password kita itu penggodam dah tahu. Kompromise.
01:39Then dia kena maklum tukar password dan biasanya penyedia perkhidmatan kena tambah satu lagi lapisan keselamatan.
01:45Contohnya 2FA, tambahlah satu kod kat dalam handphone kita ada, whatsapp kita ada dan sebagainya.
01:50Tambah dan kadang-kadang ada yang tahap ketiga tahap keselamatan.
01:53Dan biasanya perkara itu penting kalau gagal penyedia perkhidmatan itu buat perkara sebenarnya kan jadi hak pengguna untuk tuntut balik
01:58dekat penyedia perkhidmatan.
01:59Beliau menambah kerjasama rentas sektor antara kerajaan, industri, institusi pendidikan dan komuniti perlu diperkukuh bagi meningkatkan kesedaran
02:09serta mengurangkan risiko ancaman saiber yang boleh menjejaskan individu, organisasi dan ekonomi negara.

Recommended