Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Penerimaan masyarakat terhadap TVET terus meningkat apabila permohonan ke kolej vokasional mencecah sekitar 60,000 berbanding kapasiti 17,000 pelajar setahun.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, persepsi masyarakat terhadap bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET semakin positif apabila jumlah permohonan ke kolej
00:09vokasional meningkat hampir 4 kali ganda berbanding kapasiti pengambilan semasa.
00:14Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara, MTVET Dr. Azmi Muhammad Yunus berkata, kolej vokasional kebiasaannya mengambil kira-kira 17,000 pelajar
00:22baru setiap tahun.
00:26Namun jelasnya data terkini menunjukkan jumlah permohonan telah mencecah sekitar 60,000 orang mencerminkan peningkatan yang sangat ketara.
00:34Beliau berkata perkembangan itu memperlihatkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap potensi kerjaya dan prospek masa depan dalam bidang TVET.
00:42Di sebalik itu, beliau berpandangan usaha memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat tentang hal tujuh TVET masih perlu dipergiatkan.
00:50Menurutnya, TVET bukan sahaja membuka peluang pekerjaan di dalam negara, malah mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh bersaing di peringkat
00:58antarabangsa serta menceburi bidang keusahawanan.
01:01Tambahnya, TVET 2.0 yang diperkenalkan kerajaan turut memberi tumpuan kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri seperti
01:10kenderaan elektrik, robotik dan tenaga baru.
01:12Dalam masa sama, syarat kemasukan ke program TVET turut disesuaikan bagi memastikan lebih ramai individu dari pelbagai latar belakang mempunyai
01:20peluang menyertai bidang tersebut.

Recommended