Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Polis Kelantan merekodkan peningkatan operasi penguatkuasaan dadah, sekali gus menyumbang kepada penurunan jumlah kes dan tangkapan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.
Transcript
00:00Polis Kelantan meningkatkan operasi penguatkuasaan berkaitan dadah apabila berjaya melaksanakan 32,699 operasi dari Januari hingga September tahun ini, sekaligus
00:12angka itu meningkat 0.7% berbanding 32,460 operasi dalam tempoh sama tahun lalu.
00:20Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusof Mamad berkata, peningkatan operasi tersebut berjaya mengurangkan jumlah kes di bawah Akta Dadah Berbahaya
00:281952 dan Akta Racun 1952.
00:34Menurut beliau, sebanyak 18,045 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 20,476 kes dalam tempoh
00:44sama tahun lepas.
00:45Jumlah tangkapan juga menunjukkan penurunan sebanyak 8,4% kepada 19,746 orang berbanding 21,590 orang pada tempoh yang
00:56sama tahun lalu.
00:58Nilai rampasan dadah turut menurun 44% kepada 17,25 juta ringgit berbanding 30,79 juta ringgit dalam tempoh yang
01:07sama tahun lepas.
01:09Muhammad Yusof berkata usaha penguatkuasaan berterusan serta pengukuhan kawalan sempadan menjadi antara faktor yang membantu memendung kegiatan pengedaran dan penyeludupan
01:19dadah.
01:19Beliau menambah kempen jihad dadah yang dilaksanakan di Kelantan menunjukkan perkembangan positif, hasil kerjasama dan sokongan orang ramai.
01:28Pihak polis akan terus mempergiat operasi dan mengambil tindakan tegas bagi membendung gejala pengedaran serta penyalahgunaan dadah demi keselamatan masyarakat.
Comments

Recommended