Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata PBT turut melaksanakan pemantauan berterusan berdasarkan aduan awam secara masa nyata, selain menjalankan operasi bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap kesalahan membuat bising.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa tempatan mempunyai jadual penugasan penguatkuasaan di luar waktu pejabat bagi menangani aduan gangguan bunyi akibat aktiviti hiburan di
00:09premis kediaman dan kawasan terbuka termasuk pada waktu malam serta hujung minggu.
00:14Di malam Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Atira Sabu berkata PBT turut melaksanakan pemantauan berterusan berdasarkan aduan awam
00:23secara masa nyata.
00:26Jelasnya lagi operasi bersepadu dijalankan bersama polis diraja Malaysia bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan membuat bising.
00:36Pertama, saya ingin sebutkan bahawa pegawai-pegawai penguatkuasa kita di peringkat PBT ada jadual bertugas penguatkuasaan yang teratur, termasuk yang
00:45kalau kita panggil on call lah Tuan Di Pertua, walaupun di luar waktu pejabat.
00:48Dan penugasan shift di luar waktu ini adalah untuk mengendalikan seperti mana isu-isu yang dibangkitkan.
00:54Beliau menjawab soalan tambahan Wan Razali Wan Nur PN Kuantan mengenai sejauh mana KPKT memastikan penguatkuasaan dapat dijalankan secara lebih
01:03berkesan di luar waktu pejabat, khususnya pada waktu malam dan hujung minggu.
01:09Menurut Aiman Atirah, Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 membolehkan notis menghentikan kacau ganggu dikeluarkan setel merta kepada pihak yang
01:19bertanggungjawab,
01:20manakala kerjasama dengan PDRM turut membolehkan tindakan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
01:29PBT menetapkan had waktu operasi bagi aktiviti hiburan berhampiran kawasan sensitif seperti hospital, sekolah, kawasan perumahan dan rumah ibadat sehingga
01:40jam 11 malam atau tengah malam.
01:42Terima kasih telah menonton!

Recommended