00:00Seterusnya, Perikatan Nasional PN akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi tergempar pada Ahad bagi bincangkan isu berbangkit dalam gabungan itu, termasuk
00:09kes mahkamah selain persiapan menghadapi pilihan raya negeri PRN Melaka.
00:14Setiausaha Agong PN, Datuk Seri Takiuddin Hassan berkata, pihak yang juga akan menjemput bersatu dan jemputan berkenaan akan dibuat pada
00:21hari ini.
00:21Katanya, mesyuarat itu dapat diadakan selepas mahkamah membenarkan penangguhan terhadap penggantungan dan pembatalan PN yang sebelum ini menyekat sebarang aktiviti
00:30gabungan berkenaan.
00:32Ditanya berhubung jemputan bersatu, Takiuddin menegaskan, semua parti dalam gabungan itu akan dijemput ke mesyuarat tergempar itu.
00:39Dalam perkembangan lain, Takiuddin maklumkan PN akan mengumumkan calon pilihan raya negeri PRN Melaka Kamis ini dua hari sebelum hari
00:47penaman calon 31 Oktober ini.
00:49Mengulas mengenai status pembahagian kerusi di antara BN dan PN, Takiuddin berkata UMNO sudah memuktamakan 21 kerusi, manakala baki kerusi
00:59akan ditandingi PN.