00:00Raja Jordan, Raja Abdullah II melawat mangsa yang cedera dalam serangan bersenjata di sebuah gereja di Karak yang mengorbankan tujuh
00:08orang dan mencederakan puluhan yang lain.
00:11Lawatan itu hanya beberapa jam selepas kejadian terbakan ketika satu upacara pengebumian dihadiri komuniti Kristian di wilayah tersebut.
00:21Dalam kenyataannya, Raja Abdullah memberi jaminan bahawa pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan yang tegas.
00:28Menteri Dalam Negeri Jordan, Mazin Al-Farayyah berkata serangan tersebut dipercayai dilakukan oleh kumpulan pelampau.
00:35Namun beliau menegaskan siasatan masih di peringkat awal dan belum dapat menentukan sama ada suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana
00:43kumpulan yang dikenali.
00:44Setakat ini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
00:49Operasi memburu suspek dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak berkuasa.
00:54Insidi itu dianggap antara serangan paling serius terhadap komuniti Kristian di Jordan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.